14

52 3 1
                                    

Hai. Bab baru di sini! Selamat membaca dan jika ada yang menunggu lama, maafkan saya ya!

Jangan lupa vote dan komen!



I rasa both of us need to work on our marriage. Tapi, don’t worry. I’m not pressuring you. We will go slow and steady.”

Kata-kata Firhan sebelum mereka beredar dari Bukit Ampang semalam kembali berbisik di dalam kepala. Tidak dapat tidak, Fatima tidak dapat berhenti daripada mengulang tayang momen yang dirasakannya cukup indah itu.

Ketika menuturkan kata-kata itu, Firhan memegang erat kedua-dua belah bahunya. Riak wajah Firhan bersungguh. Bibir lelaki itu juga mekar dengan senyuman. Bukan itu sahaja, mata Firhan turut tidak lepas daripada menatap matanya.

Segala-galanya tentang Firhan semalam sangat menyentuh hati wanita Fatima. Dia dapat rasakan keikhlasan Firhan. Dan terbukti Firhan tidak berkata kosong dan main-main apabila pulang sahaja ke rumah mereka, Firhan mencadangkan mereka untuk tidur sebilik iaitu di bilik Firhan.

“You selesa tidur belah kanan atau belah kiri?”

“Huh?”

“You pilihlah nak tidur belah mana. I tak kisah. As long as both of us tidur sekali. Dekat atas katil ni.”

“Fir...”

“Hm?”

“Are you sure about this? I mean I tak kisah kalau kita still duduk bilik asing-asing.”

“You tak selesa?”

“No. I risau you yang tak selesa. After all, I yang tiba-tiba akan masuk dalam bilik you.”

“Nah, I’m fine.”

Kesudahannya, Fatima memilih bahagian kiri katil menjadikan Firhan secara automatiknya perlu tidur di bahagian kanan. Tidur sekatil dengan Firhan adalah sesuatu yang tidak pernah dibayang oleh Fatima. Ya, mana mungkin dia akan membayangkan perihal itu jika hubungan mereka bukan seperti pasangan lain. Jauh berbeza dengan pasangan suami isteri dalam kalangan teman Fatima sendiri.

Semalam pun, kaku sahaja Fatima di kiri katil. Betul-betul di hujung katil dia tidur. Risau membuatkan Firhan tidak selesa.

“Fatima.”

Fatima tersentak. Lantas dia menoleh ke belakang.

“You buat apa?”

“I-...” Dia sedang buat apa ya? Termenung? Mengelamun teringatkan Firhan? Dia sedang mengelap daun pokok keladi! “I duk tengok-tengok pokok ni.”

“Oh... I ingat you buat ap. Senyap je...” Firhan baru selesai menunaikan solat Asar. Keluar dari kamar tidur yang kini dikongsi bersama Fatima, sunyi sahaja ruang tamu.

Televisyen tidak terpasang. Tiada bunyi senduk bertemu dengan kuali dari dapur. Tertanya-tanya juga di mana keberadaan Fatima. Rupa-rupanya sedang berada di balkoni bersama teman-teman faunanya.

“You nak keluar ke?” Fatima menyoal apabila perasan pakaian yang tersarung pada tubuh tinggi lampai Firhan. Baju tanpa lengan dengan logo Adidas di atas dada dengan seluar separas betis.

“Ha’ah. Paan ajak main tenis. You nak ikut?”

“Dekat mana?”

“Bangsar. Dekat area rumah Paan.”  Pandai sahaja Paan memilih gelanggang di Bangsar. Terpaksalah Firhan memandu ke sana.

“Oh... Hm, you pergilah. I stay dekat rumah je. Lagipun I ada kerja nak siapkan.”

“Betul?”

Fatima mengangguk. Kalau dia ikut Firhan pun, dia mahu buat apa di gelanggang tenis? Mahu bermain sama, dia tidak reti. Tukang kutip bola? Tidak sanggup!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now