10

45 2 0
                                    

Happy reading! Jangan lupa vote! :))

TIBA-TIBA je balik. Ada apa jadi-jadi ke?” Alia menyoal seraya mengambil tempat di hadapan Fatima. Mama dan papa sudah keluar ke belakang rumah. Mahu menyambung kerja menanam yang tergendala seketika kerana kedatangan Firman dan Firhan sejam yang lepas. Abangnya, Firhan pula sudah menghilang ke bilik tidur. Katanya mahu melelapkan mata seketika.

“Takde la. Abang kau yang tiba-tiba ajak balik. Aku ikut je. Lagipun, memang dah lama aku tak jenguk mama dengan papa,” jawab Fatima sambil tersengih.

“Kau dengan abang macam mana dah?”

“Macam biasa.” Selamba Fatima membalas.

Dahi Alia berkerut. “What do you mean ‘macam biasa’? Tak ada progression ke?” Seingatnya sudah hampir empat bulan usia pernikahan Fatima dan Firhan. Mustahillah langsung tiada perubahan dalam hubungan pasangan suami isteri itu.

“Macam kau lihat ni. Aku dengan dia masih dalam proses nak selesa dengan satu sama lain.”

Alia spontan menepuk dahi. “Biar benar korang dua ni? Sampai empat bulan nak selesakan diri?”

Fatima menggaru kening. Tidak tahu jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan Alia itu.

“Actually aku pun tak tahu macam mana nak define tahap hubungan aku dengan Fir,” tutur Alia perlahan. “Okey, to be very honest, ada masanya we both sangat selesa dengan each other. Tapi, kadang-kadang tu, muncul juga rasa janggal tu. Aku pun, baru kebelakangan ni, nak biasakan diri dengan skinsgip Fir,” terang Fatima panjang lebar. Dengan Alia, dia tidak malu berkongsi. Mereka berteman rapat sejak di universiti. Bahkan, Alia tahu tentang perasaannya terhadap Firhan. Cuma, satu hal yang disorokkan daripada gadis itu ketika ini. Perihal bekas tunang Firhan, Husna yang dijumpainya tempoh hari.

“Korang still duduk bilik asing-asing?”

Fatima mengangguk, mengiyakan.

“Hatta sekali pun tak pernah sebilik?”

“Pernahlah. Time balik sini, time balik rumah aku. Haritu time dekat kampung tu, kami sebilik la. Kalau duk bilik asing-asing, habislah kami disoal siasat ayah,” ujar Fatima sambil memanjangkan tangannya untuk mencapai sepotong epal. “Tapi, kami tak tidur sekatil la. Fir selalunya tawarkan diri tidur bawah and...”

“What? Kiranya tak pernah tidur sekatil? Sekali pun tak pernah?” Mata Alia membulat. Biar benar Fatima dan Firhan ini? Parah...

Fatima mengangguk. “Kami berdua belum sampai tahap tu lagi, Alia.”

“God...”

Fatima menggigit bibir bawah. “Kau tak bolehlah expect both of us macam couple lain tau. Aku dengan Fir tak betul-betul kenal each other pun sebelum kahwin. Okay, maybe aku kenal dia, tapi dia tak.”

Sepanjang perkenalannya dengan Alia, kerap juga dia bertandang ke rumah keluarga Alia di Setia Alam ini memandangkan rumah keluarga Alia sangat dekat dengan kampus mereka dulu. Dalam berkali-kali menjadi tetamu ini, boleh dikatakan hanya beberapa kali dia bertembung dengan Firhan. Alia yang rajin bercerita mengenai Firhan kepadanya.

Tentang Firhan yang sangat cemerlang dalam pelajarannya. Tentang Firhan yang tidak pernah membelakangkan orang tuanya dalam segala hal. Tentang Firhan yang sangat sayangkan adik-adiknya. Tentang Firhan yang gilakan lego sehinggakan ada satu almari kaca khas di dalam biliknya disediakan khas untuk logo-logonya. Dan, juga tentang Firhan yang cinta mati akan Husna.

Segala-galanya Fatima tahu. Namun, bukanlah perkara itu yang membuatkan dia boleh terjatuh hati pada Firhan.

“Kau tak nak cuba buat abang aku tu jatuh cinta dekat kau ke?”

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now