8

87 3 0
                                    

KEDUDUKAN tas tangan yang hampir melorot dari bahu dibetulkan. Sesekali mata mengerling ke arah jam yang melilit pergelalangan tangan. Mahu melihat waktu. Dia sebenarnya sedang menunggu Firhan. Hari ini dia datang ke sekolah dengan dihantar oleh Firhan. Jadi, untuk pulang ke rumah, dia perlu menunggu Firhan untuk menjemputnya. Pagi tadi keretanya tiba-tiba buat hal. Dia tidak tahu atas sebab apa keretanya rosak. Firhan yang menguruskan keretanya. Menghantar keretanya ke bengkel dan membuat urusan dengan mekanik.

“Assalamualaikum.”

Fatima tersentak. Hilang langsung perihal kereta dari kepala. Drastik dia menoleh ke arah kirinya untuk memandang pemilik suara yang menegur.

“Maaf kalau saya buat Cigu Fatima terkejut.

“Eh, takpe.” Fatima ukirkan senyuman nipis. Yang menegurnya itu, Cikgu Ikmal. Cikgu baru di sekolah ini. Awal minggu hari tu baru melapor diri. Kalau tak silpanya, guru itu mengajar subjek Matematik menengah bawah.

“Cikgu tengah tunggu orang datang pick-up ke?”

“A’ah.” Fatima mengangguk. “Cikgu Ikmal kenapa tak balik lagi?”

“Saya buat kerja sikit tadi. Tak sedar langsung dah pukul empat. Ingatkan awal lagi.”

“Oh... Biasa dah tu. Bila dah ralit sangat dengan kerja, memang tak sedar apa-apa dah.” Fatima tersengih. Dia pun selalu berada dalam situasi seperti itu. Terlalu kusyuk buat kerja, sehingga tidak hiraukan keadaan sekeliling.

“Betul.” Ikmal bersetuju. Dia pun tadi, nasib baik ibunya menelefon. Sewaktu mahu menamatkan panggilan, tersedar jam sudah menunjukkan pukul 3.45 petang. Lekas-lekas dia mengemas barang untuk pulang. Selepas thumb-print, dia ternampak kelibat Cikgu Fatima. Itu yang dia datang menegur.

“Hm, saya mintak diri dulu la ya, Cikgu. Jumpa esok.” Ikmal meminta diri.

“Insya-Allah. Hati-hati bawak kereta.”

Ikmal sekadar tersenyum sebelum beredar ke keretanya. Tidak lama selepas itu, kelihatan Honda Civic milik Firhan meluncur masuk menghampiri pejabat. Fatima tidak tunggu lama. Pantas dia melangkah ke arah kereta Firhan.

“Hai, assalamualaikum.” Firhan menyapa sebaik dia menolak pintu bahagian Fatima dari dalam.

“Waalaikumusalam.” Fatima menjawab dengan senyuman. Masuk sahaja dia di dalam kereta, terus tali pinggang keledar dipasang.

“How’s your day?” Firhan tidak terus memandu. Saja mahu berbual dengan Fatima.

“Pretty good. Students I siapkan homework yang I bagi hari tu and my senior complimented my teaching method.”

“Wow, hebat!” Puji Firhan, ikhlas. Tangan kirinya dibawa untuk mengusap kepala Fatima.

Fatima tersenyum nipis. Terasa seperti anak kecil pula apabila Firhan bertindak mengusap kepalanya. “You?”

“Nothing extravagant. Tapi still a pretty good day sebab kerja berjalan lancar.”

“Alhamdulillah, baguslah.” Fatima memanjangkan tangannya untuk menepuk perlahan bahu Firhan. Tadi, Firhan mengusap kepalanya, jadi dia perlu balas la kan?

Firhan tersenyum. Senang menerima pujian daripada Fatima. “You ada nak singgah mana-mana tak sebelum kita balik?”

“Hmm...” Fatima diam sejenak. Berfikir. “Singgah pasar malam boleh?” Teringat pula cerita Kak Hanum pagi tadi. Kak Hanum beritahu puyu mayam yang dijual di pasar malam di taman perumahan tidak jauh dari sekolah mereka ini sedap. Sudahlah murah. Berbaloi untuk dibeli.

“Anything for you.” Firhan akur tanpa sebarang soal.

Fatima mengetap bibir. Aduhai Firhan ni... Kenapalah selalu sangat mengundang rama-rama dalam perutnya ni menari riang? Dia yang baru berjinak-jinak untuk menyelesakan diri dengan skinship pun tak daya kalau Firhan sudah masuk fasa mulut manis begini.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now