13

155 5 6
                                    

Bab lepas I cakap I akan update new bab kalau I dapat 10 votes, kan? Tapi sebab I tak berjaya dapat even 10 votes, I tetaplah belanja a new bab. Happy reading!

-

BUNYI ketukan pada pintu bilik mengejutkan Fatima yang sedang leka menaip rancangan pengajaran harian di dalam komputer riba. Terus dia bangun dari kerusi lalu menguak pintu biliknya.

“Hai.” Firhan menegur sebaik pintu ditarik dari dalam. Bibirnya melorek senyuman.

“Hai?” Fatima teragak-agak. Jarang sekali Firhan datang ‘melawat’ kamar tidurnya.  Matanya jatuh meliar memandang tubuh Firhan. “You nak keluar ke?”

Firhan mengangguk. “Tapi, I nak ajak you sekali.”

Dahi Fatima semerta berkerut. “Kenapa nak ajak I sekali? Nak balik rumah mama ke? Malam-malam macam ni? Dah pukul sepuluh, Fir.”

“Nope. Bukan pergi rumah mama. I nak bawa you pergi somewhere special and baru pukul sepuluh kut. Awal lagi. Selalunya you tidur jam 11 lebih kan?”

“Tapi, I ada kerja, Fir.”

“You hold dulu kerja you tak boleh? Please, Fatima...” Firhan meleretkan suara. Betul-betul berharap Fatima akan bersetuju.

“Nak pergi mana sebenarnya ni?” Malas-malas Fatima menyoal. Selain daripada dia tidak selesa mahu keluar berdua-duaan dengan Firhan, badannya juga penat. Hari ini, seharian dia bertugas di padang memandangkan berlangsungnya hari sukan sekolah.

“Ada lah. Sekejap je. I promise.” Firhan masih memujuk. Malam ini, dia mahu bercerita mengenai Husna kepada Fatima. Jadi, untuk itu, dia perlukan Fatima untuk mengikutinya.

“Okeylah.” Fatima akhirnya akur. “I tukar baju kejap.”

“Okey. I tunggu dekat depan.”

 

JOM.” Firhan mematikan enjin sekaligus mencabut tali pinggang.

“You bawa I dekat mana ni, Fir?” Sedari tadi Fatima menyoal Firhan tentang destinasi yang dituju oleh lelaki itu, namun Firhan tidak memberinya sebarang jawapan.

“Keluar dulu. Nanti you tahu,” tutur Firhan sebelum meloloskan diri untuk keluar dari perut kereta.

Fatima menghela nafas. tidak menunggu lama, dia ikut sama keluar dari kereta. Jejak sahaja kaki di luar, hawa sejuk angin malam langsung menyentuh tubuh. Menoleh ke hadapan – ke arah tempat Firhan berdiri, matanya membulat. Spontan langkahnya dibawa mendekati Firhan.

Firhan tersenyum melihat tingkah Fatima. Punggungnya dilabuhkan di bahagian but hadapan kereta.

“Cantik, kan?”

“SubhanAllah...” Hanya ucapan itu lahir dari mulut Fatima. Pemandangan indah yang terpampang di hadapan matanya membuatkan lidahnya kelu. Cantiknya, ya Allah...

“You tak pernah datang sini?” soal Firhan sambil memeluk tubuh.

Fatima menggeleng tanpa memandang Firhan. Pandangannya masih melekat pada keindahan malam yang terhasil daripada cahaya lampu di bawah sana.

“Inilah Bukit Ampang. I saja bawa you datang sini, sebab I tahu you suka sangat tengok view malam dekat rumah kita.” Firhan tahu betapa sukanya Fatima akan pemandangan kota yang dapat dilihat dari balkoni rumah mereka. Hampir setiap malam wanita itu akan melepak di balkoni sekiranya tiada sebarang kerja yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang dia akan diajak sama. Cuma kebelakangan ini sahaja Firhan perasan, Fatima bukan menikmati pemandangan, tapi wanita itu lebih banyak termenung ketika di balkoni.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now