11

63 2 0
                                    

Selamat membaca! Jangan lupa vote :))

FIRHAN melepaskan lelah. Dadanya bergerak laju seiring dengan pengaliran udara keluar dan masuk dari badan. Bajunya juga sudah lencun. Setelah hampir seminggu dia berehat daripada berlari, hari ini dia melepaskan gian. Dia berlari mengelilingi taman perumahannya sebanyak dua kali pusingan.

Selain lelah, dia sebenarnya dahaga. Sangat dahaga ketika ini. Namun, sayangnya dia tertinggal botol air di rumah. Mungkin dia terlalu teruja untuk berlari sehingga dia terlupa akan botol airnya.

Firhan sedang melakukan senaman ringkas untuk cooling down ketika kedengaran suara seseorang menyapa dari arah belakang. Sebaik dia berpaling, riak wajahnya langsung berubah.

“Betullah you. I ingat I salah orang tadi.” Ceria Husna bersuara. Sejak dia mula-mula turun ke taman permainan tadi dia sebenarnya perasan akan kehadiran Firhan. Mahu menegur, tapi dalam masa yang sama, dia takut dia silap orang. Namun, apabila sekali lagi dia nampak Firhan setelah lelaki itu siap berlari, dia yakin yang dia tidak silap.

“You running ke? Kalau I tahu you nak run, boleh I join sekali,” tambah Husna lagi apabila dia tidak menerima apa-apa balasan daripada Firhan. Wajahnya berseri dengan senyuman.

Firhan tidak menjawab sebaliknya dia bergerak menjauh. Tidak betah mahu berlama-lama di samping Husna.

“Fir, kejap.” Husna terus berlari anak untuk menyaingi langkah Firhan. Apabila Firhan makin menjauh, dia bertindak menarik lengan Firhan.

“Don’t touch me.” Firhan lantas merentap tangannya. Dahinya berkerut. Matanya tajam memerhatikan Husna yang sudah berdiri di hadapannya.

“I minta maaf, Fir. I’m really sorry.” Laju kata-kata permohonana maaf itu keluar dari mulut Husna. Dia tahu silapnya. Dia sedar akan kesalahannya yang cukup besar itu.

“Minta maaf, Husna? Seriously?”

Husna sudah terasa mahu menangis. Nada beku suara Firhan merentap jantungnya. Sungguhlah, Firhan terlalu marah. Tempoh hari sewaktu bertembung dengan Firhan di pasar raya dan juga lif, dia tidak sedar akan hal itu. Dia fikir, Firhan sekadar merajuk dengannya. Namun, hari ini, Husna sedar. Firhan sangat marah akannya.

“I  nak tebus kesalahan I. I betul-betul menyesal sebab ambil keputusan macam tu. I-...”

“Enough, Husna.” Firhan memintas. Nafasnya dihela kasar sambil tangannya naik meraup rambutnya yang masih basah dengan peluh. “There’s no place for you to make amends.”

“Apa maksud you?”

“I...”

“Husna.”

Belum sempat Firhan menghabiskan bicaranya, kedengaran sapaan seseorang dari arah belakang. Firhan tidak berpaling. Dia mahu beredar, namun apabila telinganya menangkap namanya diseru, langkahnya mati.

“Firhan? Kamu Firhan, kan?”

Langkah Firhan mati. Dia menoleh ke belakang, dan langsung terkedu dia dibuatnya apabila pandangannya bersambung dengan sepasang mata redup milik ibu Husna.

“Mama.” Husna lekas-lekas mendapatkan ibunya.

“Ya Allah, Firhan. Lamanya mama tak jumpa kamu!” Puan Ziana terus menghampiri Firhan. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menarik Firhan ke dalam pelukan. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia rindukan bekas tunang anaknya itu.

“Ma-mama...” Firhan masih terkedu. Bagai tidak percaya, Puan Ziana sedang berdiri di hadapannya ketika ini. Kali terakhir dia bertemu dengan Puan Ziana adalah sehari selepas pernikahan yang sepatutnya berlangsung antaranya dengan Husna berubah menjadi pernikahannya dengan Fatima. Dia bertemu dengan Puan Ziana ketika itu pun, kerana mahu menghantar cincin yang dibelinya untuk Husna.

OG | Cerita Ini Cerita KitaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora