7

65 1 0
                                    

"AYAH dah lama sebenarnya buat rumah dekat sini." Fatima membuka cerita sebaik dia melabuhkan duduk di atas pondok yang terdapat di situ. Telefon yang tadinya digenggam diletakkan di atas pondok.

"Sebelum ayah bersara lagi?" soal Firhan seraya mengambil tempat di sebelah Fatima. Dia yang mengajak Fatima bersiar-siar di sekitar kampung ini. Saja mahu melihat kawasan kampung. Tadi sewaktu memandu, dia tidak dapat menikmati pemandangan kerana perlu fokus pada pemanduan.

Fatima mengangguk. "Kalau tak silap, tanah ni ayah beli dari mak kawan dia. Dalam empat lima tahun lepas macam tu, ayah upah orang untuk buat rumah."

"Kenapa ayah tak nak stay dekat rumah lama?" Firhan bertanya. Sebenarnya sudah lama dia tertanya-tanya akan hal itu, tapi tak pernah terluah soalannya. Hari ini apabila Fatima mula bercerita, barulah dia teringat.

"I pernah jugak tanya ayah soalan tu. Ayah kata dia tak larat dah nak hadap suasana bandar. Lepas bersara, dia nak hidup tenang-tenang je. Itu ayah buat keputusan untuk jual aje rumah dekat bandar and terus tinggal dekat sini."

"Iya jugak kan? Duduk kampung ni, jauh lebih best. Relaks aje. Takde bunyi bising. Udara pun bersih." Tidak dapat tidak, Firhan bersetuju dengan pendapat bapa mertuanya. Tidak sampai sehari dia berada di sini, hatinya sudah terpaut. Patutlah ramai yang berpendapat kehidupan di kampung adalah jauh lebih menenangkan.

"Kan? Mujurlah ayah tak termakan pujuk rayu I dulu."

Kening dijungkit. Firhan tidak mengerti maksud Fatima.

"Kalau you nak tahu, I tak bersetuju ayah nak buat rumah dekat sini. Sampai nangis-nangis, I pujuk ayah. Sebab I tahu, kalau ayah buat rumah dekat sini, tentu-tentulah ayah akan pindah. Kalau ayah pindah, maknanya I akan sorang-sorang lah dekat KL."

"Oh, faham." Firhan tersenyum. "Pastu kiranya you gagal la ni pujuk ayah?"

"Yup. Ayah bertegas jugak nak buat rumah dekat sini. Waktu tu, ayah cakap, ayah lambat lagi nak bersara. Sempatlah I graduate dulu."

"Betullah kan apa yang ayah cakap tu."

"Iya. Sebab tu pujuk rayu I tak berkesan pun."

Firhan tergelak sambil membetulkan duduknya. Kedua-dua belah tangan dialihkan ke belakang untuk dijadikan tongkat kepada badannya.

"You patut bersyukur tau tak sebab you ada kampung. I ni, dari kecil sampai dah tua ni, mana ada kampung. Mak dengan papa, dua-dua orang bandar. Muncullah I dengan Alia, dua ketul yang betul-betul made in city."

Fatima tidak mampu menahan tawanya daripada terhambur apabila mendengar kata-kata Firhan.

"Made in city eh?"

Firhan mengangguk. "Kalau nak feeling kampung sikit, pergilah rumah mak long dekat Tanjung Malim. Itu pun rumah mak long tak ada lah betul-betul dekat kampung gini." Mak lahir dan membesar di Kuala Lumpur, papa pula dari Singapura. Berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian di Universiti Malaya berpuluh-puluh tahun dahulu. Selepas belajar, papa terus bekerja di Kuala Lumpur sehinggalah bertemu mak and the story goes on.

"Samalah, Fir. I pun lebih banyak spend masa dekat bandar berbanding kampung. Kampung abah dekat Jerantut sana tu, I jarang pergi. Sebab aki dengan wan dah meninggal waktu I sekolah rendah. Bila dah besar ni, barulah merasa ada kampung balik."

"I pun bolehlah merasa ada kampung sebab kahwin dengan you. Lucky me. Nanti bolehlah feeling balik raya, kan?" Firhan alihkan pandangannya. Tepat bertembung dengan pandangan Fatima.

Fatima terpaku. Degup jantung mula terasa berbeza. Perutnya terasa sedang 'digaru' oleh rerama yang sedang berkepak riang.

"Fatima?" Dahinya berkerut. Pelik apabila mata Fatima melekat lama pada wajahnya. Langsung dia tegakkan tubuh sebelum menoleh ke belakang. Mahu melihat kalau ada orang lain di belakangnya yang menarik tumpuan Fatima. Tapi apabila dia berpusing, tidak kelihatan sesiapa. Wajah Fatima kembali dipandang.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now