9

52 1 0
                                    

- Kali ni betul-betul update baru hehe happy reading and jangan lupa vote everyone!



FIRHAN mengerling Fatima yang tekun membaca buku di sebelahnya. Sesekali kelihatan wanita itu tersenyum dan kadang-kadang tergelak seorang diri. Fatima seolah-olah langsung tidak menghiraukan kehadirannya di sini. Terlalu hanyut dalam dunia fiksinya.

“Fatima.” Tidak betah dibiarkan begitu, Firhan memanggil. Tidak sekadar memanggil, jari telunjuknya digunakan untuk menyentuh atas lengan Fatima. Bukan apa, dia risau kalau setakat menggunakan suara semata, wanita itu tidak sedar. Fatima, kalau sudah membaca novel, langsung hilang terus dari realiti.

Fatima tersentak. Lantas dia berpaling ke kanannya. Dia makin terkejut apabila melihat Firhan yang elok tercongok di sebelahnya. “Eh, sejak bila you ada dekat sini?”

See? Kan Firhan dah kata... Tahap kekusyukan Fatima bukan boleh dibawa main. Lain macam.

“I tercongok dekat sini sejak sepuluh minit yang lepas. You tak sedar?”

“Oh, sorry. I ralit baca novel.” Fatima tersengih. Bersalah pula mengabaikan Firhan. Novel di tangan terus diletakkan di atas meja kopi. Sebelum dia tutup novel itu, tentulah dia sempat letakkan remote TV sebagai penanda.

“You nak apa? Nak air?”

Firhan semerta menggeleng. Fatima ni, asal nampak mukanya saja, pasti itu soalan pertama yang keluar. Sudah seperti habit jadinya.

“I bosanlah, Fatima."

Fatima tersenyum. First time dia dengar perkataan bosan keluar dari mulut Firhan. Tidak pernah-pernah lelaki itu merungut disebabkan oleh kebosanan. Ini mesti kerana cuti hujung minggu yang selalunya dua hari, menjadi tiga hari. Cuti sempena hari Malaysia.

“Bosan?”

Firhan mengangguk. Sebiji bantal kecil yang berada di hujung sofa dicapai sebelum dipeluk.

“Pergilah main game.” Selalunya, apabila ada masa terluang, Firhan akan bermain permainan video.

“Tak nak. I dah bosan menghadap PC. PC pun agaknya dah jemu tengok muka I.”

Tawa Fatima spontan meletus. Ada-ada je Firhan ni...

Firhan sandarkan sisi kepala ke bahagian atas sofa. Bantal kecil masih di riba. Wajah Fatima dipandang dan ketika itu satu idea muncul di benaknya.

“Nak keluar jalan-jalan tak?”

Mata Fatima membesar sedikit. Keningnya terjungkit. “Jalan-jalan? Nak pergi mana?”

“Hm, kita pergi tengok wayang, nak?” soal Firhan, lagi.

“Tengok wayang?” Kening Fatima terjungkit makin tinggi. Terkejut kerana ini merupakan kali pertama Firhan mempelawanya untuk menonton wayang bersama.

“Ha’ah. You ada nak tengok apa-apa movie tak?”

“Hm, biar I fikir kejap.” Fatima diam sejenak. Berfikir jika ada mana-mana filem terbaru yang menarik minatnya. “You memang nak ikut suggestion I?” Sempat dia menyoal Firhan. Manalah tahu kalau Firhan sekadar bertanya, padahal lelaki itu sudah menetapkan pilihannya.

Firhan mengangguk. Dia manalah up to date sangat perihal filem terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam. Kalau zaman belajar dulu, lainlah. Sekarang, apabila terlalu sibuk dengan kerja yang bagai tiada tanda akan surut, jarang sekali dia punya masa untuk membelek perihal berita hiburan. Entah filem apa yang sedang hangat diperbualkan sekarang ini.

“Ha, tengok Emergency Declaration, nak?”

“Western movie ke?” Firhan menjungkit kening. Tajuk bagai filem Barat.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now