6

80 0 0
                                    

FATIMA sedang menumbuk sambal belacan tatkala suara ayah dan Firhan yang sedang rancak bersembang menyapa deria pendengaran. Lebih kurang 20 minit yang lepas, ayah dan Firhan sama-sama keluar ke kebun ayah yang terletak di belakang rumah untuk mengambil jantung pisang. Pada awalnya ayah mahu ke kebun bersendirian sahaja, namun Firhan yang sukarela mahu mengikut.

"Assalamualaikum." Serentak Ilyas dan Firhan memberi salam.

Fatima menoleh ke arah pintu dapur sambil tersenyum. Salam dijawab dalam hati. Pandangannya jatuh pada jantung pisang yang sedang dipegang oleh ayah sebelum beralih ke arah Firhan. Membulat matanya tatkala terpandang isi dalam bakul yang sedang dijinjing oleh Firhan.

"Pucuk ubi?!"

Ilyas tergelak seraya menganggukkan kepala. Kenal sangat dengan perangai anaknya yang gilakan pucuk ubi itu. "Iya. Nanti celur buat jadi ulam."

Fatima mengangguk laju. Senyumannya melebar. Sudah lama dia tidak makan nasi berulamkan pucuk ubi. Teringin! Inilah seronoknya apabila pulang ke kampung. Semua keinginannya dapat dipenuhi dengan begitu mudah. Tanpa perlu keluarkan wang ringgit pun.

"Kalau Fir nak tahu, Fatima ni suka makan ulam. Tapi, pucuk ubi ni ulam yang dia paling suka. Kalau makan nasi dengan pucuk ubi, bertambah-tambah la jadinya," cerita Ilyas sebelum dia labuhkan duduk di atas kerusi di meja makan. Tuala kecil yang tadinya disangkut di bahu digunakan untuk mengelap peluh yang merenek di dahi.

"Patutlah bila Fir masuk rumah bawak pucuk ubi ni, mata dia yang dah sedia bulat jadi makin bulat," tutur Firhan sambil tergelak.

Fatima mendecit. Seronok betul Firhan mengusiknya sejak kebelakangan ni. Tak boleh diberi peluang, ada saja idea lelaki itu untuk mengusiknya. Tambah-tambah lagi apabila mereka pulang ke kampung ni. Menjadi-jadi sikap Firhan. Semakin lama di kampung, maknanya semakin banyaklah modal Firhan untuk membahannya.

"Ayah jadi kan nak panggang ikan?" soal Fatima sekaligus mengalihkan topik perbualan. Tangannya dipanjangkan untuk mencapai mangkuk kecil dari atas rak. Dia mahu alihkan sambal belacan yang sudah siap ditumbuk dari lesung batu. Ayah kurang gemar makan sambal belacan yang dikisar, jadi memang perlulah dia gunakan lesung batu untuk menumbuk sambal belacan.

"Jadi. Tapi, kali ni ayah assist je. Fir head chef."

Kata-kata ayah itu membuatkan Fatima menoleh ke arah Firhan yang sedang duduk di sebelah ayah di meja makan. Keningnya dijungkit sebelah.

"Apa? You tak percaya I boleh panggang ikan ke?" Firhan turut sama menjungkit kening.

Fatima mengangkat bahu. "I takde kata I tak percaya."

Firhan kecilkan matanya untuk memandang Fatima yang beriak selamba. Macamlah Firhan tak tahu yang wanita itu sedang meragui kebolehannya.

"I dah defrost ikan. You nak siang atau nak I siangkan?"

"I'll do it." Bingkas Firhan bangun dari duduknya.

Fatima tergelak kecil melihat tingkah Firhan. Dia tak ada niat pun mahu mencabar Firhan. Dia saja mahu mengusik lelaki itu. Tapi, melihatkan gaya Firhan itu, hatinya kuat mengatakan yang lelaki itu tercabar.

Haih, Fir... Fir.

Firhan menghampiri sinki. Ikan pari yang berada di dalam sinki diperhatikan seketika sebelum dia mencapai pisau dan papan pemotong. Sempat dia membasuh tangan terlebih dahulu.

"Fatima. Kenapa tak bagi apron dekat Fir tu? Nanti tak pasal-pasal hanyir baju suami kamu tu."

Kata-kata ayah membuatkan kerja Fatima terbantut. Dia yang sedang mengacau kuah ayam masak lemak kuning itu terus memandang Firhan. Elok pula ketika itu Firhan juga sedang memandangnya.

"Oh ya! Hold on Fir." Fatima lantas mengecilkan api dapur gas. Dia panjat tangga untuk naik ke ruang atas rumah sebelum kembali semula dengan sehelai apron baru di tangan. Dia hulurkan apron berwarna hitam itu kepada Firhan.

"Here you go."

"Tolong pakaikan," ujar Firhan seraya memusingkan tubuhnya ke arah Fatima. Tangannya sudah berbau hanyir, jadi dia malas mahu menyentuh apron itu.

Fatima terkejut. Terkebil-kebil matanya memandang Firhan. Aik?

Firhan menjungkit kening. Dia tundukkan sedikit kepalanya supaya mudah untuk Fatima sarungkan apron melalui kepalanya.

Fatima telan liur. Tiba-tiba terasa kesat air liurnya. Mahu tak mahu dia tetap perlu membantu Firhan. Sambil menahan nafas, Fatima sarungkan apron ke tubuh Firhan. Disebabkan ketinggian Firhan, terpaksa dia mendekatkan wajahnya dengan leher lelaki itu untuk membetulkan letak duduk tali di belakang leher. Bau minyak wangi Firhan menyentuh hidungnya. Ketika itu, memang jantungnya sudah buat hal.

"Pu-pusing. I nak ikat dekat belakang." Tergagap-gagap Fatima menutur kata. Sumpah dia tak biasa dengan keadaan mereka ketika ini. Riak wajahnya cuba dikawal sehabis baik. Tidak mahu Firhan menghidu tingkah tidak serba kenanya.

"Okey, done!" Sepantas kilat Fatima menjarakkan tubuhnya dari Firhan sebaik dia siap mengikat tali di belakang Firhan. Sejurus selepas itu, dia terus kembali semula ke dapur gas. Ketika itu barulah dia rasa boleh bernafas dengan baik semula.

"Ayah nak keluar hidupkan api."

"Kita nak panggang guna ikan ni guna dapur kayu ke ayah?"

Ilyas yang sedang menyarung selipar spontan tergelak mendengar soalan Firhan yang kedengaran sangat naif. Seperti seorang anak kecil menyoal bapanya tentang sesuatu perkara yang baru baginya. Bukan sahaja Ilyas, Fatima juga ikut tersenyum. Comel sungguh seorang Firhan Syauki.

"Iya, Fir. Panggang guna dapur kayu lagi best."

"Oh..." Firhan mengangguk faham. Dia semakin mempercepatkan kerja menyiang ikan. Selepas ini dia perlu memerap ikan pari tersebut dengan rempah. Mujurlah mama pernah mengajarnya resepi rempah ikan panggang dan dia juga selalu menolong mama dan Fatima di dapur. Jadi, dia tidak janggal untuk melakukan sebarang kerja.

"Lepas ni, you bolehlah panggang ikan dekat rumah."

"Boleh aje..." Firhan tersengih. "Kalau you craving ikan panggang, bagitahu je. I akan terus masakkan, khas untuk you," ujarnya seraya menoleh memandang Fatima.

"Kira I tak perlu drive pergi Kuala Selangor dah?" Fatima letakkan mangkuk berisi air limau berhampiran dengan Firhan.

"Of course." Firhan mengangguk pantas. "Sekali you makan ikan panggang I, confirm you nak lagi."

Fatima tergelak. "Ei, riak!"

"Riak depan isteri, tak apa kot..."

"Pandailah you." Fatima tidak mampu menahan bibirnya daripada melorek senyum. Firhan menggelarkannya sebagai 'isteri' dan tidak dapat tidak Fatima merasakan seperti perutnya dihuni beratus-ratus ekor rama-rama.


Saya dalam exam period right now. FINAL EXAM to be exact. Baru sudah 1 paper. Tinggal 5 paper lagi. Doakan saya!  

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now