3

89 2 1
                                    

"YOU pergi mana tadi, Fatima?"

"Auch!"

Firhan terkejut. Walaupun perlahan, dia dapat mendengar dengan jelas suara Fatima yang mengaduh. Tanpa berlengah, dia mengorak langkah ke arah wanita itu yang sedang berdiri membelakanginya. Membulat matanya tatkala terpandang jari telunjuk kiri Fatima yang berdarah.

"Allah, Fatima!" Tangannya laju menarik tangan kiri Fatima mendekat ke arahnya. Jari itu ditilik.

"Eh, Fir!" Fatima cuba menarik semula tangannya dari pegangan Firhan. Terkejut dengan tingkah Firhan.

"Macam mana sampai boleh terpotong jari sendiri ni, Fatima?" Firhan menyoal seraya menarik wanita itu ke arah singki yang terletak bertentangan dengan tempat mereka sedang berdiri ketika ini.

"Tak tahu." Fatima menggeleng kepala. Wajah Firhan dipandangnya. Dia tidak salah kan kalau dia fikir yang lelaki itu sedang risau akan dirinya ketika ini?

Firhan menghela nafas. Pili air dipulas. Baru dia mahu menghalakan tangan kiri Fatima yang masih berada di dalam gengamannya ke bawah pancuran air, tiba-tiba Fatima bersuara. Dia langsung menoleh ke arah Fatima. Kedudukan mereka yang sangat rapat ketika ini membuatkan wajah Fatima berada sangat hampir dengannya.

"I cuci sendiri, Fir. Luka kecil je ni. You don't have to worry," tutur Fatima seraya mengukirkan senyuman nipis. Tangannya ditarik dari genggaman Firhan, dan kali ini Firhan tidak menghalangnya. Dia tidak mahu Firhan memanjakannya kerana dia takut. Dia takut dia akan terbuai-buai dengan perasaannya sendiri.

Jari telunjuknya dilalukan di bawah pancuran air. Kepedihan yang menjalar membuatkan Fatima mendesis perlahan.

"I'll get the first-aid kit." Firhan menjauhi Fatima. Langkahnya diatur ke arah kabinet di tepi peti sejuk. Pintu kabinet itu dikuak, lalu sebuah peti pertolongan cemas yang disimpan di dalam kabinet itu ditarik keluar. Pintu kabinet kembali ditutup.

Fatima memulas tutup pili air. Langkahnya diatur ke meja pulau untuk mendapatkan kertas tisu. Tangannya yang basah dikesat.

Firhan meletakkan peti pertolongan cemas di atas meja pulau. Dia kemudiannya menghampiri Fatima lalu tangan kanan wanita itu ditarik.

"Fir. Luka kecil je ni. Tak sakit mana pun."

"Luka kecil ke, luka besar ke, itu tetap luka, kan?" Firhan menarik keluar sebuah kerusi dari bawah meja pulau. "Duduk sini."

Fatima menghela nafas. Walaupun begitu, dia tetap menurut arahan Firhan. Duduknya dilabuhkan di atas kerusi yang ditarik oleh Firhan. Lelaki itu sendiri sudah mendapatkan tempat di sebelahnya.

Peti pertolongan cemas dibuka. Firhan keluarkan minyak gamat, pek cotton bud dan plaster dari dalam peti itu. Tanpa sepatah kata, dia memulas penutup botol minyak gamat.

"I boleh letak minyak gamat sendiri."

"I boleh letakkan." Firhan membidas laju. "You duduk diam-diam."

Fatima akhirnya akur. Dia membetulkan duduknya di atas kerusi dan pandangannya melekat pada sisi wajah Firhan. Lelaki itu sedang menyapu minyak gamat pada lukanya, jadi Firhan tidak sedar akan tingkahnya ketika ini.

"Dulu, waktu I sekolah menengah, I simpan cita-cita nak jadi doktor, tau," ujar Firhan tiba-tiba. Entah kenapa, muncul rasa ingin bercerita tentang masa lalunya kepada Fatima. Dia yakin Fatima tidak tahu banyak hal tentang dirinya.

Tahu... Fatima menyahut di dalam hati. Dia tahu tentang cita-cita Firhan itu. Alia pernah bercerita perihal itu padanya beberapa tahun lalu. Sewaktu mereka di tahun dua seingatnya. Kenapa dia boleh ingat walaupun perkara itu sudah bertahun-tahun berlalu? Mungkin sahaja kerana 'perkara' itu bersangkut-paut dengan seorang Firhan. Dia ingat semua perkara tentang Firhan.

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now