Qaseh's Amore: Special Chapter 2

2.9K 135 9
                                    

Permandangan seluruh Kota Milan menjadi penghias pandangan saat dia selak langsir pagi ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Permandangan seluruh Kota Milan menjadi penghias pandangan saat dia selak langsir pagi ini. Bibir merah itu mengukir segaris senyuman ringkas. Apatah lagi saat lengan sasa itu mula melingkari pinggang rampingnya.

"Assalamualaikum, morning mi amor.." Pipi putih kemerahan isterinya menjadi tempat bibir itu berlabuh. Dua tiga kali dia lakukan aksi sama sehingga Qaseh palingkan wajah.

Tangannya pula melingkari leher sang suami itu. "Waalaikumussalam, morning too abang.." Buat seketika, bibir mereka bertaut rapat.

Masing-masing dibuai suasana romantis. Hujan renyai-renyai pagi ini, padan sekali dengan situasi mereka.

Saat bibir kembali terjarak, "Anak-anak mana? Diorang dah breakfast?" Qaseh menyoal suaminya dulu. Alexo lemparkan pandangan tidak puas hati.

Dia jeling isterinya sekilas. "Bangun je, tanya anak-anak dah makan ke belum.. tanyalah abang dulu." Dia mencebik bibirnya.

Qaseh tertawa kecil. "Sulking? Jealous over your own sons?" Qaseh terus kucup lagi sekali bibir Alexo. Geram bila suami dia ini cemburu saat dia lebihkan anak-anak.

Comel!

Alexo masih dengan reaksi wajah cemberutnya tadi. Namun, apabila Qaseh mula mengajuk-ajuk wajah cemberutnya, dia kian tertawa.

Hidung mancung isterinya dicubit manja. "First of all, abang tak buat mulut itik macam tu ok?" Qaseh senyum tanpa berkata apa-apa. Dia masih mengajuk suami yang berdiri di hadapan mata dengan gaya mulut dimuncungkan ke hadapan gaya merajuk. "Mengada, dah tua pun nak merajuk." Omel Qaseh sendiri.

Alexo tayang muka selamba. Gurauan mereka berterusan di pagi hari. Semuanya kedengaran tenang sehinggalah suara bingit dari laman rumah, kedengaran.

Qaseh pandang Alexo, Alexo kembali menatap Qaseh. Memandangkan mereka memang berada di balkoni, mereka kemudian mengalihkan pandangan ke bawah.

Namun, tiada apa-apa yang kelihatan kerana di tempat letak kereta bawah sana, mempunyai atap.

"Apa tu?" Soal Qaseh keliru. Alexo sendiri tiada jawapan. Dia kemudian menarik tangan mulus isterinya lalu menghayun kaki keluar, niat mereka sama, ingin memeriksa suara bingit sebentar tadi.

Anak tangga rumah agam peribadi milik keluarga Alexo ini dituruni satu per satu oleh mereka bersama. Qaseh sempat menjenguk sekeliling. Atau lebih tepat, dia cuba mencari kelibat anak kembarnya. Malah, tiada.

"Abang.. nak pergi mana?" Dia menarik lengan suaminya saat memerhati Alexo tidak hilang fokus memerhati kawasan luar.

"Rasanya ini kerja twin tu.. mana diorang?" Sikap tegas seorang bapa Alexo, kian terpancar terang. Wajahnya mula berubah serius melihat keadaan ruang tamu, sudah bersepah bagai rumah terbiar.

Qaseh senyum kecil. Dalam hati mula berbisik, 'habislah budak-budak ni kena bebel dengan abi..'

"Al-Fawwaz Qarl! Al-Fayyaz Qairiel!"

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now