Qaseh's Amore: Chapter 21

2.4K 178 5
                                    

"Don't you f*cking hear me? I told you! Find her!" Jerkahan Fernando menyebabkan kesemua anak buahnya yang lain tunduk takut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Don't you f*cking hear me? I told you! Find her!" Jerkahan Fernando menyebabkan kesemua anak buahnya yang lain tunduk takut.

         "Sir, we seriously don't know where is she. We need a little more time please." Kedengaran rayuan dari salah seorang anak buahnya.

    Cuma dia yang berani bersuara apabila berdepan dengan kemarahan gila tuan mereka.

       "A little more? Go to hell! I want her! I give all of you until the end of the month!" Selesai itu, Fernando keluar dari bilik di rumah besarnya.

      Dia sedang gigih mencari keberadaan Qaseh ketika ini. Sebenarnya, dia ada rancangan yang lebih menakutkan untuk balas dendam. Pembunuhan.

      Dia terlalu benci dengan Alexo. 10 tahun lalu, memang dia ingin perangkap Alexo supaya jadi suspek pembunuhan Aviera. Tetapi, dia gagal apabila bukti kukuh dijumpai lebih terhadapnya.

    Jadi, kali ini, biar dia bunuh Qaseh, dengan harapan Alexo akan merana seperti yang dia rasa dulu. Ayahnya membencinya. Ibunya pula meninggalkan kerana sakit jantung juga kerana terlalu tertekan memikirkan dia yang berada dalam penjara 10 tahun lalu.

    Kini? Dia ingin balas apa yang dia rasa pada Alexo. Walaupun kesalahan lama itu, berpunca dari dirinya.

      'Kenapa kau marah suami kau macam tu Qaseh? Kau patut pujuk dia.' Qaseh bercakap sendiri dalam hatinya.

       'Tatu? Kalau kau tahu hal Aviera sensitif kenapa kau sebut?' lagi sekali. Sebenarnya, dia tahu tidak mengapa kalau Alexo mahu simpan tatu itu, dulu dia bukanlah seorang muslim.

       Tapi, dia tidak suka setiap kali Alexo tanggalkan bajunya, dia perlu lihat tatu itu. Dia rasa geli. Mungkin sebab dia dari kecil tidak diajar untuk suka dengan benda benda sebegitu. Juga mungkin kerana budaya sebegitu tidak tersemat dalam jiwanya.

       Qaseh duduk di atas sofa ruang tamu sambil berfikiran negatif tentang suaminya. Siap dia letak ubat di bibir lukanya, dia mula dengan andaian kut kut kalau Alexo tinggalkan dia di sini? Macam mana?

      Macam mana nak balik? Dia tidak pernah tahu, mahupun tanya dimana rumah ini terletak sebenarnya.

         Telefon? Tak apakah dia guna telefon? Qiura. Dia betul betul nak cuba telefon kakak kembarnya itu. Dia nak minta tolong.

    Qiura kan ejen rasmi Agensi ISA mesti boleh bantu dia. Dia rindukan mommy daddy nya. Dia nak balik. Dia janji sebulan dua, tapi ini, sudah terlalu lama baginya.

       Dalam dia sibuk dengan fikiran fikiran negatif di kepalanya, kedengaran ada orang di luar menekan loceng rumah.

      Qaseh tercengang. Dua tiga kali juga loceng ditekan. Siapa pula? Dia mula takut. Alexo dah lah tiada ni. Tiba tiba dia terfikirkan abang iparnya, Alexander.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now