Qaseh's Amore: Chapter 1

3.5K 234 12
                                    

12 jam sebelum,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

12 jam sebelum,

    "Makan pun susah, banyak songeh, cerewet lah girlfriend kau ni Alex." Suara lantang Fitynia dengan loghat Itali nya  memecah kesunyian mereka yang sedang makan.

      Kalau tadi hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu dan pisau memotong daging di pinggan, kini, suara itu yang jelas bergema.

      Qaseh masih diam, dia hanya mampu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada chicken chop di pinggan.

     Dia perlu tahan mulut dari bersuara. Tidak mahu pergaduhan mulut tercetus dengan rakan baik teman lelakinya itu.

        Alexo berdehem tanda dia tidak setuju dengan pernyataan rakannya itu tentang Qaseh.

     Jujurnya, Qaseh tidak pernah cerewet. Tidak pernah meminta, kadangkala, kalau salah, tidak pernah pun Qaseh marahkan dia. Jadi, dia tidak setuju dengan pernyataan Fitynia.

        "Fity I hate it when you..." Baru Alexo hendak memulakan bicara dengan intonasi suara yang kedengaran agak kasar, Qaseh pula berdeham.

   Pandangan pujukan pula dia lemparkan pada Alexo. Tanda menyuruh agar Alexo tidak terus bertindak agresif. Dia tidak mahu menjadi punca tercetusnya pergaduhan.

        Dia tidak peduli pun tentang kata kata pedas yang akan keluar dari mulut rakan rakan Alexo tentangnya. Dia faham situasi mereka.

      Alexo menarik nafas dalam. Dia memejamkan mata cantiknya sebelum ianya kembali dibuka, saja hendak mengumpul tahap kesabaran. Dia juga tidak mahu rosakkan malam yang sepatutnya indah ini.

    Silaplah dia jemput rakan rakannya.

    Apabila dia menilik wajah cantik Qaseh, hatinya serta merta berjaya ditenangkan. Itu kerana Qaseh kelihatan baik saja, kalau riak wajah kekasih hatinya itu berubah muram disebabkan kata kata Fitynia tadi, memang dia dah halau Fitynia. Lantaklah, kalau perlu terjun laut pun.

      "Just enjoy your meal.." Alexo saja lemparkan senyuk bahagia pada Qaseh. Hal itu menyebabkan Qaseh lebih selesa seketika.

        Setengah jam berlalu, masing masing siap makan. Habis licin semua makanan yang terhidang, buah buahan juga pencuci mulut.

Namun saat inilah yang Fitynia, Juwieta, Torres, Bruno dan Nichole nanti nantikan. Masa untuk mabuk sudah tiba.

   Botol bir yang mereka bawa tadi, mereka ambil dan buka. Bermacam aksi ditunjukkan semasa mereka cuba membuka penutup bir itu.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now