Qaseh's Amore: Chapter 38

2.8K 174 7
                                    

     Puan Marsya dan Tuan Qiyran mengetuk perlahan pintu masuk wad VVIP yang menempatkan menantu mereka

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

     Puan Marsya dan Tuan Qiyran mengetuk perlahan pintu masuk wad VVIP yang menempatkan menantu mereka. Daun pintu dikuak perlahan.

       Saat mereka menjenguk masuk, kelihatan yang ada di dalam cumalah Alexo dan Edwis. Kedua menantu mereka.

      Dua orang jejaka yang bergelar menantu pada mereka itu kelihatan agak serius. Seolah mereka membincangkan sesuatu yang begitu penting. Namun, sebaik kelibat mertua mereka masuk ke dalam wad itu, masing masing seolah menukar topik.

    "Daddy.." Edwis yang menegur lalu bangun dan menyalami kedua mertuanya itu. "Edwis.. ni, kenapa tangan kamu ni berbalut?" Soal Tuan Qiyran dulu, barulah Puan Marsya ikut menyoal serta.

        "Haah, kenapa? Ed pun cedera ke malam semalam?" Soal Puan Marsya pula. Edwis menilik tangannya yang masih berbalut kemas itu walau terdapat lagi kesan darah di telapak tangannya, tetapi balutan itu masih kemas. "Tak ada apalah mommy, daddy.. luka sikit je semalam.. nasib bukan Qiu yang kena.." Balas Edwis.

      Sebenarnya, Qiura ada cerita masa dia telefon Puan Marsya semalam, yang dia hampir cedera akibat si pelaku. Namun, Edwis yang cedera kerana melindungi isterinya itu semalam.

        Tuan Qiyran dan isterinya mengangguk. "Jangan lupa tukar balut tu.. nanti kuman." Pesan ibu mertuanya. Edwis turut balas anggukan. "Fayyad.. kita sambung nanti.. aku nak tengok anak anak aku dekat penthouse.. Qiura kata mommy, daddy sampai dia nak datang sini.. aku balik dulu." Jelas Edwis. Alexo angguk. Dia masih lagi dengan posisi mengiring.

      Kata doktor, dia tidak digalakkan untuk baring terlentang mahupun duduk buat masa sekarang, takut kalau memberi kesan buruk pada lukanya.

       "Fayyad.." Tegur Tuan Qiyran dahulu. Alexo cuba bangun, namun dia melarang. "Tak payah, tak payah baringlah.." ujarnya seraya dia menghulurkan tangan dahulu.

          Barulah Alexo akur dan cuma salam tangannya, begitu juga dengan Puan Marsya. "Doktor cakap apa?" Soal si ibu mertuanya itu.

     "Doktor kata tak ada apa apa yang serius. Cuma luka dalam sikit. For now, it's better if stay for a while in here.. Doktor kata, senang nak pantau kalau kalau ada apa apa." Jelas Alexo.

      "Apa yang jadi malam semalam sebenarnya?" Tuan Qiyran menyoal resah. Dia bersyukur sangat dikurniakan menantu yang begitu menyayangi anaknya sehingga sanggup menggadaikan nyawa semata mata untuk lindungi Qaseh.

      Rasanya, kalau lampu chandelier semalam jatuh di atas badan Qaseh, rasanya anaknya itu sudah tidak bernyawa. Lagi lagi tubuh dan saiz badan Qaseh lebih kecil berbanding Alexo.

       "Fayyad pun tak tahu.. tapi daddy.." Alexo mengeluh sebelum dia mula menjelaskan lagi, "Kenapa?" Tuan Qiyran dan Puan Marsya menyoal serentak.

    "Buat masa sekarang, boleh tolong Fayyad?" Soal Alexo. Riak wajahnya mengambarkan sesuatu seolah ada hal mustahak yang perlu diungkap. "Tolong apa? Kenapa sebenarnya ni?" Soal Puan Marsya resah.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now