Qaseh's Amore: Chapter 28

2.7K 180 8
                                    

Lima bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lima bulan kemudian...

    "Assalamualaikum..." Tepat tiga kali salamnya diberi, pintu rumah agam tersebut dibuka oleh seseorang.

      Alexo mengukir senyum saat dia lihat kelibat di hadapannya ini. Masih sama, masih cantik dan elegan.

     Qaseh kaku. Dia berdiri dengan diam. Tanpa menyatakan apa apa. Cuma matanya yang kekal menatap susuk tubuh yang berdiri berhadapannya.

      "Sayang tak nak jawab salam?" Soal suaminya. Qaseh terkebil kebil. Namun, perlahan balasan salam meniti halus di bibirnya.

     Dia masih cuba menganalisis. Soalan apa yang baru diajukan oleh suaminya tadi? Sekejap, Alexo beri salam? Sejak bila dia...

       Qaseh mengerut dahi apabila Alexo hulurkan tangan kanannya pada Qaseh. Tidak ubah seperti dia mahu isterinya itu salam tangannya. Qaseh pula masih dengan wajah tidak fahamnya.

     Alexo malah, sebaliknya mengukir senyum manis. "Salam lah.. Sayang tak sudi salam abang?" Soal Alexo lembut.

    Ok. Ini buatkan Qaseh makin pelik. Sejak bila Alexo pandai bahasakan dirinya 'abang' pula ni? Dari tadi juga asyik panggil dia 'sayang'.

        Lima bulan baru mereka berpisah, tak akan dah Alexo minum arak sampai mabuk jadi macam ni? Qaseh menggaru kepala.

    Dia tilik Alexo. "Awak mabuk ke?" Soal Qaseh. Terus terlepas tawa hambar suaminya. "Pelik sangat ke sayang?" Soal Alexo. Qaseh makin pelik. Alexo tidak pernah ketawa manis sebegitu.

    Selalunya, kalau ada benda lawak yang betul betul lawak, barulah dia ketawa. Tapi ini, Alexo boleh gelak dengan tawa sebegitu?

       "Tak apalah, kalau tak nak salam abang.. tapi, boleh sayang bagi abang masuk dalam? Abang penat tahu.. baru landing flight.." Alexo berkata dengan lembut.

      Namun, Qaseh sebaliknya melemparkan jelingan. Dia tidak rasa Alexo sudah berubah. Jangan jangan ini penipuannya lagi untuk kembalikan Qaseh padanya.

     "Awak pergi jelah Alexo." Qaseh menghalau. Baru dia hendak kembali menutup pintu rumah agam milik ayahnya, Alexo bersuara.

    "Tapi abang datang sebagai Al-Fayyad.."

      Pergerakan Qaseh terhenti. Dia kembali menjenguk leher ke luar. Pintu tadi kembali dibuka separuh. Dia tilik suaminya. Tiada apa berubah dari segi fizikal.

    Tetapi, dalamannya, Qaseh tidak pasti. Macam mana kalau benar Alexo yang berada di hadapan matanya ini, membawa diri sebagai Al-Fayyad.

      "Qaseh... Qaseh cakap dengan siapa tu? Siapa kat luar?" Tiba tiba soalan dari Puan Marsya kedengaran. Dia menuju ke pintu masuk.

      Dia dengar salam diberi tadi.. tapi, dia di dalam tandas di dapur.. jadi tidak pasti kalau benar benar ada orang yang datang.. rupanya betullah ada.
 
      Sebaik dia mendekati Qaseh, pintu dibuka seluasnya. Dia agak terkejut melihat kelibat jejaka yang bergelar menantu buatnya ada di depan mata.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now