Qaseh's Amore: Chapter 36

2.6K 177 7
                                    

Keadaan di rumah agam keluarga Pattenson kini huru hara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keadaan di rumah agam keluarga Pattenson kini huru hara. Masing masing sudah dalam ketakutan dengan situasi yang baru menimpa. Qaseh tidak henti dengan tangisan. Alexo pula, sikit pun tidak sedarkan diri, malah, nadinya makin lemah, begitu juga dengan cecair pekat berwarna merah yang mengalir keluar dengan begitu laju dari tubuhnya.

     Sebaik ambulan tiba, mereka bergegas bawa Alexo naik ke atas ambulan tersebut. "Cik nak ikut sekali?" Soal salah seorang pemandu ambulan tersebut.

       Qaseh angguk dalam tangis. Matanya tidak lepas memandang susuk tubuh si suami yang sudah dibawa terlebih dahulu ke dalam ambulan.

        "Can I know who are you to him?" Soal salah seorang pekerja dari ambulan tersebut. "His wife.. can I go with him please.." Qaseh merayu dengan esakannya. Pekerja itu mengangguk.

      "Qiu.. aku pergi hospital sekali.." Qaseh memberitahu kakaknya terlebih dahulu. Qiura angguk. "Aku datang dengan yang lain.. dah.. jangan nangis.. trust me.. Fayyad kuat.. everything will be fine.. just stay with him.." Pujuk Qiura. Kesian pula lihat wajah adiknya yang sudah begitu merah akibat tangisan yang tidak henti. Qaseh angguk sambil air jernih yang mengalir di pipi dikesatnya.

         Sebaik ambulan berlalu pergi, Qiura kembali ke dalam. Dia rasa tidak sedap hati. Suaminya dicari, tetapi tidak jumpa. "Kris, Del, Hanna, mana diorang?" Soal Qiura cemas.

      "Tak tahu.." Balas Kristal. Delyn dan Hanna juga turut menggeleng. Wajah masing masing penuh dengan riak risau. "Daisy.. pergi tunggu luar. Ramai aunties and uncles dekat sana. Mama nak cari papa dekat atas." Kata Qiura pada anaknya. "Adik adik?" Soal gadis kecil itu. "Bawa sekali." Balas mamanya.

     "Ikut Aunty Hanna, Aunty Del dengan Aunty Kris.. now.." Arah Qiura pada anak anaknya. Mereka akur, Delyn, Hanna dan Kristal terpaksa bawa diri dan anak anak mereka keluar walaupun hati risaukan suami masing masing..

    "Call polis sekali.." Arah Qiura juga sebelum sepupu sepupunya itu menuju keluar dan meninggalkannya sendiri.

        Qiura perlahan naik menuju ke tingkat atas. Suasana gelap. Tidak tahu dimana suami mahupun sepupu sepupunya.

      Sehinggalah.. Prang! "Ahh!" Suara jeritan kedengaran. Terkejut Qiura. Baru dia hendak perlahan lahan mendekati arah datangnya suara jeritan tadi, pisau sudah diletakkan di lehernya. Qiura terdiam kaku. Dia tahu, sedikit dia bergerak, teruk dia kena.

      "Sarà più facile se tua sorella gemella sia quella che ha sofferto a causa del lampadario, eh?" (It will be easier if your twin sister be the one who hurt because of the chandelier huh?) Suara garau itu berbisik di telinga Qiura.

      "Cosa vuoi da lei? Chi sei?" (What do you want from her? Who are you?) Malah, Qiura tenang menyoal. Situasi begini, sudah sering dilalui semasa menjalankan misi. Dia perlu kekal tenang untuk pastikan dia bersedia lakukan serangan balas.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now