Qaseh's Amore: Chapter 44

3K 210 20
                                    

      Langkah galah yang tenang itu, mula berubah kelam kabut saat dia melihat situasi di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Langkah galah yang tenang itu, mula berubah kelam kabut saat dia melihat situasi di hadapannya. Pintu penthouse miliknya telah terbuka luas. Tanpa perlu berfikir, dia sudah tahu apa berlaku.

     Segala barangan dapur yang dijinjing di tangan kanan dan kiri, terlepas dari tangannya. "Allahuakbar..." Itu ayat terakhir yang dia sempat sebut sebelum dia melorot jatuh ke lantai rumah emper itu akibat terlalu terkejut.

       Tubuh yang sudah dipenuhi cecair darah juga kesan lebam dan luka yang sedang terbaring kaku di hadapannya, buatkan dia rasa hilang separuh nyawa.

      Dia dekati isterinya yang sudah tidak sedarkan diri itu, tangannya menggigil saat dia rasakan yang tubuh isterinya sejuk beku. Situasi ini, bagaikan deja vu.

   Tubuh Qaseh terdedah habis. Tanpa baju. Kulitnya lebam dan bengkak. Setiap inci badannya cedera, saat Alexo berjaya jumpa dari mana sebenarnya kesan darah yang mengalir begitu banyak itu datang, jantungnya mula berdetak laju.

         Dalam tidak sedar, perut isterinya yang terdedah itu diusap. Dia tahu sebelum ini, namun tidak pasti, tetapi sekarang, dia tahu dan pasti. "A... Anak abi please don't leave.." Dia merayu dalam tangisnya.

      Wajah Qaseh yang jelas kelihatan pucat lesi tidak berdarah itu, dia usap.. bodohnya. Dia bodoh. Tinggalkan isteri yang sedang mengandung sendirian di rumah. Dia sangat bodoh.

        Tanpa perlu tanya, dia tahu ini kerja siapa. Hatinya menyumpah seranah Fernando. Dia melampau. Baiklah, kalau itu yang dia nak, Alexo akan bagi. Dia akan bunuh Fernando kalau perlu. Dia akan buat.

      Dia tidak menunggu lagi, tubuh isterinya dibaluti dengan kardigan labuh, terus tubuh kecil itu dicempung dan dibawa keluar.

The E's Hospital, Istanbul...

        Alexo buntu. Bagaimana dia hendak jelaskan apa yang jadi pada Qaseh pada keluarga mertuanya? Bagaimana dia hendak hadapi mereka yang masih membencinya tanpa Qaseh.

    Dia masih dengan esakan tangis, memikirkan kemungkinan keadaan isterinya, buatkan dia jadi tidak keruan. Belum tentang zuriat mereka yang sedang dikandung Qaseh lagi.

       "Fayyad!" Belum apa apa, suara bergema jeritan dari Tuan Qiyran sudah menyapa halwa telinganya.

      Dia segera berdiri. Ingatkan dalam situasi begini, bolehlah dia meluahkan perasaan pada keluarga mertuanya, namun, sebaliknya, yang dia dapat, ialah penampar dari Tuan Qiyran.

        Tercengang dia. "Daddy.." perlahan dia menyebut nama itu. "Daddy, stop.. this is hospital." Kakak iparnya yang mula melarang dulu.

      Kalau tidak dilarang, mahu pecah wajah kacak itu dikerjakan. "Apa kau buat dekat anak aku?" Tengking Tuan Qiyran sebaik itu. Alexo kaku. Tiada jawapan. "Bodoh! Kenapalah anak aku terima kau dulu? Kalau apa apa jadi dekat Qaseh, kau tak akan terlepas dari tanggungjawab faham!" Puan Marsya pula menambah kasar.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now