Qaseh's Amore: Chapter 3

3.1K 230 12
                                    

Baru dia menutup pintu keretanya, bunyi telefon kedengaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baru dia menutup pintu keretanya, bunyi telefon kedengaran. Dalam keadaan air mata masih berjuraian, dia mengesat air jernih itu.

       Tidak mahu si pemanggil tahu yang dia sedang menangis.

Skrin telefon diseret ke atas, dia kemudian meletakkan telefon itu di telinganya.

      "Assalamualaikum Qaseh, Qaseh kat mana? Harini Qaseh balik Istanbul kan? Dah nak fly ke?"

    Suara mommynya Puan Marsya bertanya. Memang dia bagitahu tempoh hari sebelum dia datang ke Itali. Katanya, dia cuma di Rome beberapa hari, juga dia kata harini sepatutnya dia pulang kembali ke Istanbul. Entah. Dia sendiri lupa.

    Qaseh berdehem sebelum kembali bersuara. "Mommy, Qas On the way fly.. see you soon.. Assalamualaikum."

    Tut... Talian diputuskan. Terkebil kebil Puan Marsya. Macam tu saja anaknya itu tamatkan panggilan? Haih.

      "Mommy, siapa tu?" Soal Qiura yang baru tiba di ruang tamu rumah daddynya itu.

      Si kecil, Eiyad Qays Dhaffa dibawa sama dalam dukungan. Minggu ini minggu terakhir Qiura berpantang. Dia selamat melahirkan Dhaffa pada bulan lalu. Alhamdulillah keadaan dia dan anaknya sihat.

     Yang paling gembira Edwis lah. Kalau boleh, setiap masa saja nak temankan Qiura dan anak anak mereka. Sehinggakan nak pergi ke Itali tempoh hari pun dia tidak mahu.

    Kalau bukan kerana report penting hospital The E's di Itali, memang dia tidak akan tinggalkan isteri serta anak-anaknya.

        Puan Marsya berpaling ke arah anak sulungnya itu, dia senyum melihat anaknya itu mendukung cucunya yang bertubuh kecil itu.

      "Qiu, duduklah.. Qiu tu belum habis pantang.. nak apa apa minta lah kat mommy. Sejak Edwis pergi Itali, bukan main lagi Qiu lasak berjalan sana sini. Nanti kalau luka tu koyak macam mana?Marah Edwis nanti." Bebel Puan Marsya.

    Qiura senyum. "Mommy ni, sama macam Ed, semua Qiu nak buat tak boleh. Tak apa lah.. Qiu saja.. bosanlah duduk dalam bilik tu. Lagipun, ni, Dhaffa ni, meragam ragam. Asyik duduk kat atas. Dia pun nak lah tengok suasana bawah ni." Balas Qiura pula.

  Puan Marsya mengangguk dalam senyum, "Yelah.. mommy faham. Mommy risau je.. " kata Puan Marsya pula.

  "Ni, siapa yang call mommy?" Soal Qiura pula.

      Puan Marsya mengeluh biasa, "Hmm, adik Qiu sorang tu lah. Entah mana dia pergi sebenarnya mommy pun tak tahu." Bebelnya.

     Qiura menggeleng dalam senyuman. "Mommy, jangan jangan, dia pergi Itali ikut boyfriend tak? Sebabnya my, Qiu baru cakap dengan Delyn, isteri Arash, semalam, katanya, Kristal dekat Malaysia, lawat ibu ayah mertua dia. Mana ada kat Itali."

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now