Qaseh's Amore: Chapter 18

2.4K 165 6
                                    

      Qaseh bermundar mandir dengan abaya putih yang tersarung kemas di badannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Qaseh bermundar mandir dengan abaya putih yang tersarung kemas di badannya. Pejam celik pejam celik, tempoh masa kini sudah mencecah sebulan. Bermakna, sudah dua bulan dia hilang dari radar keluarganya.

    Macam tidak percaya hari ini, dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan Alexo, atau dia lebih selesa mengenalinya sebagai Al-Fayyad. Dia akui, walau apapun, dia gembira akhirnya Allah satukan mereka.

    Tapi, walaubagaimanapun, dia masih seorang anak pada kedua ibu bapanya, masih seorang adik pada kakak kembarnya. Dia masih ahli dalam keluarganya. Dia tahu keputusannya ketika ini agak membelakangi keluarganya. Dia tahu seluruh keluarganya akan marah padanya.

    Tapi, dia juga perlu buat ini atas dasar bermacam perkara. Cinta, hati dan perasaannya, keselamatannya juga... Seperti yang Alexo ada kata, Fernando kini masih belum ditemui. Tiada siapa tahu dimana dia. Alexo ada cadangkan mereka buat report polis, tapi, Qaseh takut kalau kalau dia kantoi dengan keluarganya nanti.

      Dia masih bermundar mandir di dalam bilik besar itu. Tudung, alat solek, semua sudah lengkap dia kenakan. Pakaian mereka cuma simple, majlis ini juga tidak besar. Cuma mereka mereka saja.

    Apa yang dia tahu juga, keluarga Alexo juga tidak datang atas sebab tertentu. Tapi, dia tahu yang Alexo ada sorok sesuatu darinya pasal kedua ibu bapanya. Mereka ada masalah kah? Atau, mereka tidak setuju dengan perkahwinan ini?
     
      Tok! Tok! Tok!

    Plak.. pintu dibuka oleh Juwieta, rakan Alexo. Ya, selain mereka, rakan rakan Alexo pun ada. Juwieta, Torres, Bruno, Fitynia juga Nichole. Mereka semua hadir. Qaseh tidak melarang Alexo dari menjemput mereka. Dia percayakan Alexo. Kalau dah masuk Islam, mesti dia tidak akan teguk arak hingga mabuk lagi kan?

        "Qaseh... Siamo tutti pronti fuori.. andiamo.." (We all are ready outside..) kata Juwieta pada bakal isteri rakannya itu.

      Dia agak teruja juga. Pertama kali hadir ke majlis akad nikah agama Islam. Selalunya, majlis yang dia hadiri, tidak seperti ini, selalunya akan ada pasti, arak, karpet merah terbentang, dan bermacam lagi.

   Tapi ini, tenang saja. Simple, tetapi masih terasa mewah. Mungkin sebab hal yang dilakukan, hanyalah yang perlu.

      Qaseh mengangguk. Dia mengatur perlahan langkah keluar dari bilik besar rumah agam peribadi milik keluarga Alexo.

    Itu pun satu. Baru dia tahu. Alexo ni anak orang berada rupanya. Lihat dari rumah ini, dia tahu tahap kaya keluarga bakal suaminya itu bagaimana.

      Tidak sangka pula, habis, kalau kaya, mengapa tak bantu uruskan syarikat keluarga saja? Mengapa perlu pergi ke Turki semata mata kerja sebagai pengawal peribadi pada abang iparnya si Edwis tu? Pelik.

      Entah. Kalau Qaseh tanya soal keluarga, mulalah bermacam alasan Alexo beri padanya. Seolah ingin mengelak dari soalan soalan berkenaan keluarganya.

      Dia duduk di pelamin kecil yang ada terhias cantik di ruang tamu. Pelamin itu, kalau ikutkan, mereka tidak mahu tempah pun, tapi, dah Juwieta beria ingin sponsor mereka. Mereka terima saja.

    Kelihatan Alexo sudah siap duduk di atas kerusi yang ada berhadapan pelamin. Berhadapannya pula, kelihatan seorang tok kadi tua berwajah Eropah.

    Melihat situasi kini, Qaseh bagaikan berdebar tidak tentu arah. Dia rasa risau, resah gemuruh, teruja, semua bercampur aduk. Risau tentang apa yang akan jadi lepas kahwin, risau kalau keluarga masing masing tidak menerima mereka. Entah. Dia rasa seperti keputusannya terlalu berbelah bahagi untuk semua.

     Kalau keputusannya ini akan menyebabkan masalah timbul bagaimana? Tak bolehkah dia fikir semula tentang keputusan ini ketika ini?

    Tiba tiba, dia lihat, Alexo serta semua saksi dan tok kadi sudah menadah tangan mereka membaca doa. Adrian yang merupakan anak buah Alexander juga melakukan hal sama. Kecuali yang bukan muslim.

    Dia keliru. Apa sudah jadi? Nanti... Adakah mereka kini sudah sah bergelar suami isteri? Rasanya betul. Dia tidak sedar kerana terlalu sibuk berfikir negatif tadi.

~~~~~~~~~~~~

"Astaghfirullahalazim! Abang!" Terkejut Puan Marsya selepas melihat gambar yang dia terima dari penghantar surat tadi.

     Siapa tak terkejut bila terima gambar anak perempuan mereka yang masih dara sedang terbaring di atas katil dengan keadaan baju dirabak?
      
       Dia terduduk. "Ini yang jadi dekat Qaseh?" Puan Marsya sudah mengalirkan air mata.

      "Abang... Kita buat report polis." Cadang Puan Marsya. Tuan Qiyran yang masih sibuk membelek gambar gambar itu, mula hilang sabar.

      "Abang telefon Qiu.. kita bincang dekat balai." Kata Tuan Qiyran. Puan Marsya segera mengangguk.

    Ya. Gambar itu betul betul buatkan mereka hilang sabar dan resah. Qaseh hilang kerana dirogol kah? Qaseh... Dirogol?

      Puan Marsya dan Tuan Qiyran laju keluar dari rumah. Mereka betul betul ingin buat laporan polis tentang apa yang jadi. Gambar yang diterima ini boleh dijadikan bukti.

      "Qaseh..." Panggilnya dari suaminya itu buatkan Qaseh tersedar dari lamunan panjangnya.

        Dia terkebil-kebil apabila Alexo tarik lengannya. Seutas gelang emas mula dipakaikan di lengan Qaseh. Ya. Itu ialah mas kahwin mereka.
     
    Setelah itu, automatik dahinya dikucup oleh suaminya itu. Merah pipinya. Tiga tahun menunggu, akhirnya saat ini tiba, walaupun keadaan tidak sebegitu baik ketika ini. Dia tetap ikhlas terima Al-Fayyad, sebagai suami padanya.

     Dia akan cari jalan bagaimana hendak terus terang dengan keluarganya nanti. Dalam tidak sedar, dia terus tarik Alexo dalam dakapannya.

    Terkejut Alexo. Dia ketawa kecil. Nikmatilah saat sebelum kantoi. Tapi, dia  benar benar harap, yang rahsia ini kekal sehingga dia betul-betul boleh terima Islam nanti.

     Dia cuma perlukan masa. Sedikit masa.

    "Terima kasih kerana terima Allah dan sudi bahagiakan saya." Bisik Qaseh. Mati senyum Alexo. Terima Allah? Haih.. kenapalah susah sangat hati ingin tunduk pada tuhan yang satu itu?

          "Sama sama.." dia balas walaupun hatinya agak bercelaru. Yang lain, sudah sibuk dengan menangkap gambar.

      Menepuk tangan masing masing apabila aksi pelukan dilakukan pengantin baru itu.




To be continue...

Bahagia bahagia dulu.. hehe.. jangan risau, konflik tak berat sangat..

Sorry, tadi ada problem pula..😅

    
   
   

     

   

     

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now