Qaseh's Amore: Chapter 17

2.4K 172 13
                                    

Qaseh menyelubungi dirinya dengan duvet tebal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Qaseh menyelubungi dirinya dengan duvet tebal. Sekali sekala dia membuka duvet tebal yang juga menutupi mukanya.

      Dia pandang kotak cincin yang Alexo tinggalkan di meja bersebelahan katil besar itu.

      Dia kemudian duduk pula bersandar di bahu katil. Selendang ungu yang masih kemas terletak dalam plastik lutsinar yang Alexo beri dua hari lepas, dia ambil. Selendang itu dikeluarkan.

      Cantik warnanya. Dia suka pilihan warna begini. Lembut dan tidak panas. Kena dengan gayanya. Pandai Alexo pilih.

     Sudah lama dia rasa tidak sarung kepala dengan tudung. Tiba tiba terasa diri jahil sangat kerana biarkan auratnya terdedah depan Alexo tempoh hari.

        Dia tekup muka guna tangannya yang masih tercucuk jarum suntikan yang menyalurkan air ke dalam badannya apabila mengingatkan peristiwa yang jadi dua hari lalu.

      Macam manalah dia boleh balas pelukan Alexo sebegitu. Ish... Berdosanya rasa. Tapi.. pasal lamaran, dah alang alang dia siap peluk Alexo haritu, baik dia terima je lamaran Alexo.

    Jejaka itu pun dah masuk Islam. Bermakna dia dah bersedia. Jadi, apa salahnya? Tak payah kahwin dengan Fathi, tinggal jelaskan dekat mommy dan daddy je.

      Dia kembali baring dengan hati gelisah. "Nak terima ke tak? Terima ke tak ha? Kalau terima, mommy, daddy dengan Qiura macam mana?" Qaseh menyoal diri.

      "Kalau tolak, Ish, tiga tahun bercinta dengan dia, last, last tak kahwin? Macam tak logik lah pula. Lagipun, dia dah tolong aku kut.." dia mengomel sendirian lagi.

       Dia benar benar buntu. Kotak cincin bewarna biru gelap yang mewah itu dia ambil dari atas permukaan meja bersebelahan katilnya.

      Dia buka penutup kotak itu. Keluhan dilepaskan. Cantik betul cincin yang Alexo beli ni. Simple tetapi tetap elegan. Dengan batu pertama di tengah tengahnya itu, buatkan Qaseh benar benar ingin sarung cincin itu di jarinya.

      Dan akhirnya dia buat. Sebaik dia sarung cincin itu di jari manisnya, dia senyum berkilat batu permata yang menghiasi cincin itu apabila tersarung di jarinya.

    "Al-Fayyad.. I'm Al-Fayyad.. I made it.. I'm muslim now Qaseh.."

    Terngiang kembali pengakuan Alexo semalam di telinganya. "Al-Fayyad?" Buat kali pertama nama mualaf Alexo meniti di bibirnya.

       Sedap nama Alexo pilih. Qaseh senyum rasanya dia sudah ada jawapan. Lagi lagi apabila mendengar Alexo ucap dua kalimah syahadah semalam. Arah kiblat pun jejaka itu tahu di mana. Benarlah kan Alexo betul betul dah terima Islam? Rasanya dia boleh beri peluang.

      Plak..

      Pintu bilik perlahan dibuka oleh Qaseh. Dia mengenakan baju t-shirt yang disarung kardigan bagi menutup lengannya. Seluarnya ialah seluar palazzo warna kelabu cair.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now