Qaseh's Amore: Chapter 47

3.5K 216 16
                                    

Pejam celik, pejam celik, dalam tidak sedar saja, semuanya sudah berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pejam celik, pejam celik, dalam tidak sedar saja, semuanya sudah berlalu. Setahun yang begitu mencabar dalam hidup Alexo.

     Macam tidak percaya, kebahagiaan yang dia rasai suatu ketika dahulu, kini cuma menjadi sementara. Pemergian Qaseh masih belum boleh diterima begitu saja.

      Dia sudah ambil berbulan, malah kini, sudah setahun, namun, dia masih rasa perkara yang sama. Rasa kosong. Rasa seperti dirinya berada dalam kesepian yang begitu pilu.

        Pintu diketuk beberapa kali, dia mengangkat wajah ke arah pintu, "come in.." balasnya dari dalam bilik. Terus daun pintu dikuak.

        Kelihatan ibu dan ayahnya yang datang sambil di tangan mereka masing masing memegang dulang yang berisikan makanan.

        Mereka mendekati Alexo. Keduanya duduk di birai katil anak mereka yang sedang mengemas pakaiannya. Kalau ikutkan, hari ini hari terakhir Alexo akan berada di Milan. Jelasnya, dia akan pulang ke Istanbul.

        Niatnya hendak melawat kubur isterinya buat kali pertama. Sudah setahun sejak Qaseh meninggal, namun, belum pernah sekalipun Alexo mempunyai kekuatan untuk melawat isterinya. Tetapi kini, dia yakin dia mampu hadapi itu. Hubungannya dengan keluarga mertuanya pula, putus begitu saja sejak setahun lalu. Biarpun Edwis, dia sendiri sudah tidak simpan nombor majikannya itu.

        "Ti cuciniamo gli spaghetti alla carbonara" (We cook you spaghetti carbonara) ujar Lady Agnese dengan senyuman di wajah cantiknya. Dia hulurkan pinggan yang terisinya spageti yang dimasaknya itu.

        Manakala Sir Anthony pula, hulurkan air fresh orange untuk anak lelakinya itu. Sejujurnya, Alexo sudah cukup bersyukur. Dia tidak pernah rasa Allah itu tidak adil. Baginya, saat Allah tarik Qaseh, Allah gantikan dia kasih sayang ibu bapanya semula.

      Dia bersyukur kerana hubungannya dengan Lady Agnese juga Sir Anthony, bertambah erat. Dia senyum saat memandang ibu yang masih memegang spageti tadi. "I'm gonna miss your food ma.." ujarnya pula. Ibu bapanya tersenyum.

          "Attento quando torni a Istanbul.. Saremo lì troppo presto, ma ora abbiamo un piccolo problema con la compagnia.. quindi, stai lì al sicuro.." (Careful when you back Istanbul.. We'll be there too soon, but now, we have a little problem with company.. so, stay there safely..) Pesan ayahnya pula menyapa telinga.

       Dia mula lemparkan wajah sedih. Sebenarnya, rasa rindu pada isterinya membuak hadir ketika ini, kalau dulu, dia akan balik ke Istanbul dengan Qaseh, sekarang seorang diri saja.

          "Andiamo Alex, sei così piagnucolone... mi stai facendo ingelosire..." (Come on Alex, you're such a cry baby.. you're making me jealous..) Tiba tiba kedengaran suara Alexander dari sisi pintu menegur mereka.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now