Qaseh's Amore: Chapter 45

3.2K 192 13
                                    

Dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari jauh. Hanya dari jauh dia mampu saksikan. Isterinya benar benar akan pergi buat selamanya. Dia tidak mampu hendak melangkah ke kawasan tanah perkuburan itu. Bahkan, hendak menggerakkan satu jari jemari pun, dia terasa sungguh lemah.

Ahli keluarga Qaseh, semuanya berada di sana. Tahlil arwah pula akan dibuat pada malam ini. Tetapi, Alexo tidak rasa dia mampu.

Mata yang sembab akibat tangisan itu jelas kelihatan. Bahkan saat ini, masih mengalir lagi air jernih itu dari matanya. Dari cermin kereta, semua pengurusan jenazah isterinya diperhatikan. Hanya Allah yang tahu bertapa hancur hatinya.

Dan kerana itu, dendamnya makin gila membuak hadir. Handbrake diturunkan. Gear mula ditetapkan. Pedal minyak ditekan, pantas kereta miliknya meluncur keluar dengan laju dari perkarangan tanah perkuburan Islam itu.

Hawaii, United States...
The Pattenson Family Private Mansion...

"Jadi? Uncle memang tipu dia? Dia tak tahu yang Qaseh ada dekat sini?" Soalan Arash buatkan Tuan Qiyran menunduk kepala.

Qaseh baru dipindahkan ke Rumah peribadi Keluarga Pattenson Pulau Hawaii pada pagi ini. Mereka semua berada di Hawaii sekarang. Sebaik selesai majlis pengebumian palsu semalam, mereka terus bertolak ke Hawaii.

Susuk tubuh anaknya yang terbaring lemah dengan bantuan alat pernafasan itu dipandang lama sebelum soalan tadi dijawab.

"Tak. Uncle terpaksa Arash.." Balas Tuan Qiyran dengan sebak. Arash pula alihkan pandangan ke arah susuk tubuh sepupunya yang langsung sikit pun tidak menguit atau sedarkan diri.

"Pasal anak dalam kandungan dia? Uncle tak bagitahu Fayyad juga? Is he even knows about it?" Kalini, Kristal pula bertanyakan soalan. Dia duduk bersebelahan dengan birai katil sepupunya yang masih belum sedarkan diri itu.

"Fayyad tahu. Tapi, dia fikir yang kandungan Qaseh dah gugur. Apa yang dia tahu sekarang, isteri dengan anak dia, dua dua dah tak ada." Balas Tuan Qiyran.

Plak..

Pintu bilik itu dibuka oleh Qiura, kelihatan wajahnya masih bengang. Jujur kata, dia geram dengan tindakan ayahnya. Buat keputusan tanpa berbincang sedikit pun dengan mereka.

Lagi lagi apabila dia tahu yang ayahnya tipu kesemua mereka tentang kematian Qaseh. "Sayang.. kata tak sihat.. kenapa bangun?" Edwis menegur isterinya itu seraya dia bangun mendekati Qiura.

Mana tidak sihatnya? Dah menangis dari semalam sampai ke pagi tadi, sekali, ayahnya tunjuk yang adik kembarnya ada di Pulau Hawaii ini, automatik dia jadi marah.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now