Qaseh's Amore: Chapter 23

2.4K 174 8
                                    

Dua bulan berlalu, alhamdulillah, Qaseh dan Alexo sama sama berjaya dalam mengekalkan ketenteraman bahagia dalam rumah tangga mereka

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Dua bulan berlalu, alhamdulillah, Qaseh dan Alexo sama sama berjaya dalam mengekalkan ketenteraman bahagia dalam rumah tangga mereka.

    Mungkin. Kadangkala Alexo akan menghadapi masalah dengan sifat sifat lamanya. Kadangkala sukar untuk dia mengawal diri. Tetapi, hampir dua bulan, nampaknya, dia sudah mula perlahan Lahan menerima Islam.

       Hari ini, Alexo bercadang untuk bawa Qaseh ke rumah agam keluarganya. Sudah lama Qaseh mengadu kata dia begitu bosan duduk di rumah.

      Nak guna telefonnya, Alexo asyik melarang kerana takut akan Fernando akan dapat menjejakinya. Dia asyik membebel bebel bila Alexo yang asyik keluar dan tinggalkannya sendirian. Walhal kadang kadang, suaminya itu cuma keluar beli makanan.

          "Mmm..." Qaseh merengus kecil apabila Alexo tarik tubuhnya yang menjarak, rapat kembali di atas katil besar itu.

      Sebenarnya, sebelum tidur semalam, mereka bertengkar sedikit tentang benda sama. Qaseh asyik bising bila Alexo larang dia keluar.

       Kucupan hangat hinggap di leher putih Qaseh. Helaian helaian rambut panjang Qaseh dikucup sama. Sentuhan sentuhan dia beri, penuh dengan tanda pujukan.

      "Sayang marah lagi?" Soal Alexo perlahan di telinga Qaseh. Qaseh tidak menjawab. Tetapi dia tahu isterinya itu sudah bangun kerana jam sudah menunjukkan waktu subuh masuk.

          Bila Qaseh tidak memberi apa apa reaksi, dia mengeratkan pelukan di pinggang isterinya. Kucupan di leher Qaseh kekal diberi.

       "Dah lah, saya nak mandi, nak solat." Qaseh akhirnya membalas seraya dia bangun dari baringnya. Sengaja dia tepis tangan sasa Alexo yang menyentuhnya.

     Namun, baru saja dia berdiri, pinggangnya kembali dirangkul kemas sehingga dia kembali terduduk di atas katil tadi.

      "Baru nak ajak awak pergi rumah mama dengan baba.. but, it's seems like you're not in a good mood today.. so? Maybe next time?" Saja Alexo kata begitu.

    Qaseh terus memalingkan tubuhnya ke belakang, tepat ke arah suaminya yang masih baring sambil tangan menongkat kepala.
             
          "Betul ke?" Riak teruja di wajah cantik isterinya yang mula terpapar buatkan Alexo angguk dalam senyum.

       Qaseh senyum lebar hingga ke telinga. Dia terus berlari memeluk leher  suaminya. Gembira betul bila dapat keluar.

        Alexo usap usap lembut rambut cantik Qaseh. Sudah lama dia impikan yang dia boleh bersama Qaseh dengan rapat dan erat sebegini. Sudah tentu dia juga gembira.

        "Let's shower mi amor.." bisik Alexo di telinga isteri yang masih memeluk erat dirinya.

     Qaseh ketawa sinis. Dia leraikan pelukan, wajah kacak suaminya itu ditatap. Dia lingkarkan lengannya di leher Alexo. Dalam tidak sedar bibir mereka bercantum.

QASEH'S AMORE ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora