Qaseh's Amore: Chapter 25

2.9K 179 6
                                    

    Qaseh kekal dengan wajah tegang nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Qaseh kekal dengan wajah tegang nya. Dia diam. Susuk tubuh yang masih tidur di hadapannya dia tatap lama. Bertakung sudah air di mata, tinggal tunggu masa untuk melimpah keluar.

       Jam kini sudah pukul 8.40 malam. Dia baru selesai solat maghrib sebentar tadi. Dan suaminya masih tidur di atas katil besar itu.

      Tatkala ini, hanya Tuhan yang tahu bertapa sakitnya hati dia melihat keadaan Alexo yang mabuk teruk sehingga tidak sedarkan diri sudah berjam jam akibat arak.

        Siang tadi, selepas semua tetamu pulang, dia cuba cari suaminya. Tetapi tidak dijumpai. Lady Agnese ada suruh dia naik atas dan periksa kalau kalau Alexo di tingkat atas.

    Ya, memang ada. Masalahnya, dalam bilik penyimpanan arak. Qaseh temui suaminya itu dalam keadaan Alexo baring di atas sofa bersama dengan botol botol kosong arak yang habis diminumnya.

      Mengapa dia perlu minum lagi minuman haram itu? Sudah dua bulan. Sudah dua bulan Qaseh tahu suaminya itu tidak sentuh arak lagi. Tapi mengapa sekarang?

     Kini, mereka berada dalam bilik tidur Alexo. Mereka masih lagi di D'Russo Mansion. Keadaan mabuk Alexo menyebabkan mereka tidak pulang dan bermalam di sini. Sehingga sekarang, Alexo masih belum sedar.

      Qaseh tatap wajah suaminya yang sudah naik merah akibat arak arak yang diminumnya. Dia mengalirkan air mata.

    Kalau Alexo terus begini, bagaimana dengan masa hadapan mereka berdua? Tak akan Qaseh yang ingin minta cerai?

      Dia kesat air mata yang keluar apabila Alexo mula mencelikkan perlahan kelopak matanya. Pandangannya masih kabur kabur dan kurang jelas.

    Setelah pandangannya berjaya dijelaskan, dia duduk bersandar di bahu katil. Dia picit kepalanya. Terasa begitu berat dan berdenyut.

      Rasa mual dan ingin muntah pun ada. Semua kerana kesan kesan arak tadi. Bukan sikit dia minum. Banyak. Sehingga dia sendiri lupa apa yang jadi.

        Namun, dia baru perasan yang Qaseh duduk berhadapannya. Dia perasan yang wajah isterinya itu kelihatan merah seperti baru lepas menangis.

    Dia tarik tangan Qaseh, namun, Qaseh lepaskan. Berkerut dahinya. "Why?" Soalnya.

    Qaseh ketawa sinis. Kenapa? Dia boleh soal kenapa? "Nothing.. I'm glad you're awake now.." Qaseh tahu Alexo tidak ingat tentang apa berlaku.

    Jangan jangan dia lupa pun yang tadi dia minum arak. "What you mean? I'm just taking a nap.." mendengar itu, Qaseh berdiri dari birai katil.

      Malas hendak panjangkan cerita ini lagi, dia buka telekung yang masih membaluti kepalanya. Dia sarung pula kembali tudung di kepalanya.

    Terus dia ingin keluar. Namun, Alexo melarang. "Kenapa ni Qaseh? Saya buat salah ke?" Soalnya. Qaseh mengangguk.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now