Qaseh's Amore: Chapter 2

3.7K 262 13
                                    

      "Qaseh, it's ok, don't be mad

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

      "Qaseh, it's ok, don't be mad.. I'm not doing anything mi amor, I'm just.." kata kata Alexo terhenti apabila Qaseh yang tadinya laju berjalan, berhenti dan memusingkan badan ke arahnya.

     Alexo masih pening pening akibat kesan bir yang terlalu banyak diminumnya seketika tadi. Baru satu jam setengah, tapi bir yang mereka habis minum, dekat berpuluh botol.

      "You just what? You promise me Alex no more drink.. the last time you drink that thing, we almost got into an accident. Don't you remember that?" Qaseh kedengaran marah.

    Memang pun, bukan Qaseh paksa Alexo janji. Dia yang hendak janji. Katanya, kalau minum dia akan berpada pada.

    Sebabkan kejadian bulan lepas. Dimana mereka dalam perjalanan pulang dari shopping mall, Alexo yang memandu dan rupanya, dia pada masa itu, baru lepas menghabiskan dua botol champagne, hampir hampir mereka terlibat dengan kemalangan malam itu.

      Mujurlah berita ini tidak sampai pada keluarga Qaseh. Kalau tidak mahu Alexo dimarahi teruk oleh keluarganya, juga Tuan Edwis nya.

      Hubungan mereka sudah menjangkau tiga tahun. Namun, masih belum diketahui oleh sesiapa pun. Entahlah, Qaseh belum sedia hendak berterus terang. Dengan keadaan Alexo lagi yang berkeras dengan Islam.

    Dia buntu. Alexo pula? Jejaka itu misteri sangat bagi Qaseh. Dia tidak pernah bercerita mengenai keluarga atau asal usulnya, apa yang Qaseh tahu, itulah, kenalan rapat Alexo, hanyalah abang iparnya, juga rakan rakan dia itu.

       Yang lain semua dia tidak pernah cerita. Ibu, ayah, adik-beradik mahupun pakcik makcik atau sepupu sepapatnya. Semuanya seperti dirahsiakan.

      Alexo mengeluh dalam keadaan terhuyung-hayang itu. Dia mencekak pinggang. Sebelah tangan lagi, memicit kepalanya tanda dia buntu.

     "Lo so... ma mi stanno implorando di berli... non riesco a controllarmi mi amor." (I know.. but, they're like, begging me to drink them.. I can't control myself mi amor.)

        Alexo kelihatan resah. Resah jika Qaseh akan ditinggalkan dia kerana hal ini.

    Qaseh menggeleng, dia terus berjalan ke arah hujung balkoni yacht tersebut.

       Besi balkoni itu digenggam seeratnya, melepaskan segala rasa di dada.

         Alexo mula mendekati. Dia dia dengan keadaan muka merah akibat kesan bir tadi, berdiri di sisi Qaseh.

    Baru dia hendak kembali membuka mulut untuk memujuk, Qaseh mengiring berdiri menghadapnya.

      "Alex.. let's get married.." permintaan itu menyebabkan Alexo kaku kerana Qaseh kelihatan serius. 

      Alexo menggeleng tanda dia tidak faham. Namun yang Qaseh balas anggukan yakin.

       Matanya juga memancarkan sinar penuh keyakinan dengan kata katanya tadi.

QASEH'S AMORE ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora