Qaseh's Amore: Chapter 34

2.5K 178 5
                                    

      Alexo termenung jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Alexo termenung jauh.. terlalu banyak perkara di fikirannya. Kalaulah Fernando menyasarkan Qaseh untuk balas dendam kerana 10 tahun dia meringkuk dalam penjara, apa yang Alexo perlu buat?

      Kenapa mesti Qaseh? Kenapa bukan dirinya saja? Dia menghentak tangan di stereng kereta.

      Sekali, telefonnya berbunyi menyebabkan dia mengalihkan tumpuan pada telefonnya itu. Alexander.

    Sekilas pandang, dia nampak sudah nombor yang menelefon ialah abangnya. Alexo berfikir sepuluh kali sebelum hendak jawab. Akhirnya, dia setujukan hati untuk jawab.

"What's up bro.. how're you doing?" Soal Alexander di sebalik corong telefonnya. Alexo malas malas ingin menyahut, tetapi dah ditanya khabar, dia jawab.

     "Hmm good.." balasnya nak tak nak. "Kau dah jumpa bini kau?" Soal Alexander di sebalik corong telefon itu lagi.

     "Dah.. alhamdulillah.." sudah jadi kebiasaan Alexo sebut kalimah kalimah sebegitu. Jadi, abangnya biarkan saja.

      "Ni... Sebenarnya..." Tidak lama kemudian, suara Alexander tidak kedengaran lagi. Sebaliknya kedengaran suara seorang wanita.

      "Alex.. where have you been? Qaseh? Is she with you now? How about my daughter in law?" Kedengaran suara yang dia tidak jangka mula berceloteh di corong telefon. Lady Agnese Marcella? Dia terkejut juga soalan ibunya tadi kedengaran risau. Ibunya risaukan dia?

      Dia dengar juga sipi sipi suara Sir Anthony Revello di corong itu. Juga bertanyakan hal dia dan Qaseh. Mereka benar benar ambil tahu tentang dia dan isterinya kah? Alexo tidak percaya.

      "I'm with her." Balas Alexo ringkas belaka. "Bila nak bawa dia balik sini?" Soal Lady Agnese Marcella dengan penuh prihatin.
    
      "Balik sana?" Soal Alexo dengan loghat Itali nya yang begitu pekat. "Yes.. or maybe, bawa kami jumpa family Qaseh.. we want to celebrate you guys wedding.. we want to discuss about it." Kata Lady Agnese riang. Teruja benar dengarnya.

      Sebenarnya, dia sudah lama ingin terima menantu. Sebab tu dia begitu suka dengan Qaseh. Menantu pertama lah katakan. Tidak kisah walau agama apa pun menantunya itu, yang penting, dia baik dan sopan.

       "Datang sini?" Alexo menyoal terkejut. "Yes!" Balas mamanya riang. "I'll call you back.. I gotta go."

     Belum apa apa, dia matikan telefon. Keluhan dilepaskan. Dia sandarkan dahi di stereng kereta. Kenapa dia rasa benci? Kenapa dia rasa tidak suka? Kenapa dia rasa sakit?

      Tiga belas tahun mereka buang dia... Lepas tu? Senang senang inginkan dia dan isterinya kembali dalam keluarga itu.

        Hembusan nafasnya resah. Apabila dia angkat kepala, fikirannya yang resah tadi, jadi lain. Terkebil-kebil matanya.. Qaseh? Isterinya? Dengan seorang lelaki? Wah.. ini tak boleh ni.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now