Qaseh's Amore: Chapter 31

2.7K 202 10
                                    

      Suara riang Qaseh yang sedang bermain bersama Daisy, Dhafiqi serta Dhaffa kedengaran jelas di ruang tamu bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      Suara riang Qaseh yang sedang bermain bersama Daisy, Dhafiqi serta Dhaffa kedengaran jelas di ruang tamu bawah. Alexo dari sudut tangga memerhati dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

      Bahagia lihat tawa manis isterinya. Dia juga suka bila lihat Qaseh main dengan budak budak itu. Dari mereka bercinta dulu, dia tahu, Qaseh suka dengan budak budak.

      Dia dengan tenang mendekati isterinya itu. Dia melabuhkan duduk di atas sofa. "Kan umi dah kata, jangan buang tayar kereta tu.. nanti dia tak boleh gerak.." kata Qaseh pada Dhafiqi.

        Jejaka kecil itu sudah mencebikkan muka apabila Qaseh membebel. "Dhafiqi nak gerakkan dia je. Kakak yang cabut tayar kereta tu." Katanya sambil dia menghalakan jari ke arah kakaknya. 

        Daisy juga mencemberutkan wajahnya. "Daisy tak buatlah." Balas Daisy tidak mengaku. Alexo yang melihat telatah telatah budak budak itu bersama isterinya tergelak.

     "Tak apa.. mari sini, abi betulkan." Kata Alexo. Qaseh yang duduk di karpet baru perasan yang rupa rupanya, suaminya sudah duduk di belakangnya.

    Dhafiqi dekati Alexo. Dia serahkan kereta yang telah tercabut tayarnya pada jejaka itu. Alexo sambut dengan senyuman.

    "Ni senang je... Pasang dekat sini. Lepas tu, pusing yang ini. Then... We're done.." Alexo terangkan cara pasang tayar itu pada Dhafiqi, setelah itu, dia kembalikan kereta tadi pada jejaka kecil itu.
      
       Dhafiqi sambut dengan riang. "Thank you abi.." ucapnya. Qaseh masih diam. Dia pura pura tidak perasankan suaminya. Dia sibukkan diri dengan Dhaffa yang ada dalam dukungan.

      "Abi? Kenapa Dhafiqi panggil Uncle Alexo abi?" Soal Daisy keliru. "Yelah.. umi kan dah kahwin dengan Uncle Alexo.. sebab tu lah kakak dengan adik adik kena panggil Uncle Alexo, abi."

    Suara Edwis yang baru muncul dari dapur bersama Qiura kedengaran. Daisy berlari ke arah ayahnya. "Umi dah kahwin? Dengan Uncle Alexo? Yeke? Bila? Kenapa kita tak pergi wedding diorang?" Soal gadis kecil itu lagi dengan kelirunya.

      Edwis dukung anak sulungnya itu. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Alexo. "Iye.. diorang dah kahwin.." kata Edwis meyakinkan anaknya.

     Daisy dan Dhafiqi masih terkebil-kebil tidak faham. "Betul ke umi?" Soal Dhafiqi bertanya uminya.

     Qaseh diam.. nak tak nak, dia perlahan mengangguk. Alexo juga sama, dia cuma senyap. Terguris hatinya bila Qaseh nak tak nak saja mengaku yang mereka sudah sah bergelar suami isteri.

      Tidak lama selepas itu, mereka semua yang ada di ruang tamu disapa oleh Puan Marsya. Di tangannya, dia membawa dulang yang berisikan jug yang penuh dengan air teh panas di dalamnya.

      Tuan Qiyran yang membuntuti isterinya dari belakang pula membawa dua pinggan makanan. Di pinggan yang dia pegang di tangan kiri, ada puding buah, manakala di tangan kanan pula ada kuih muih yang dibuat isterinya sebagai minum petang mereka.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now