Qaseh's Amore: Chapter 42

3.1K 186 6
                                    

"Jadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Jadi.. abang kena fitnah?" Soalan itu, Alexo balas dengan anggukan. Dia menunduk, rasa diri terlalu hina untuk terus menatap wajah isterinya.

       Qaseh cuma memerhati tingkah laku suaminya yang mula berubah. Dia perasan Alexo mula menjarakkan diri. Walhal tadi, mereka duduk rapat di atas katil.

        Dia dekatkan kembali jarak antara mereka, pipi putih kemerahan Alexo itu dia pegang, dia angkat wajah suaminya kembali memandang dirinya. Dia lemparkan senyuman dengan harapan Alexo akan kekal tenang untuk meneruskan cerita.

    Hampir setengah jam Alexo meraung tangis sebelum dia bersedia untuk bercerita seketika tadi. Itu sudah buatkan hati Qaseh luluh tak terkata.

    "Ceritalah lagi.. Qaseh dengar ni." Pujuk isterinya. Namun, dia perasan, mata coklat cair suaminya, sudah bertakung nya air jernih. Belum apa apa, dia usap dulu pipi Alexo, menyalurkan kekuatan untuk suaminya itu. 

      "It should be me die that night, no Aviera.. Why? Why Aviera?" Alexo bersuara sebak. Jujur, kalau boleh putar balik masa, dia rela dibunuh oleh kedua bodyguard Fernando janji, adiknya pulang ke rumah malam itu.

      "Abang pengecut." Dia marahkan diri sendiri. Qaseh tanpa sedar mengalirkan air mata melihat suaminya dalam keadaan ini. Dulu, dia pandang Alexo, jejaka itu cuma seorang yang periang, ceria, sepanjang dia kenal Alexo sebagai bodyguard Edwis, dia sangkakan, Alexo seorang yang sentiasa sempurna.

    Namun, dia tidak sangka pula, tragedi hitam begini pernah menimpa suaminya sehingga dia perlu berdepan dengan trauma. "Abang tak salah, bagi Qaseh, Fernando yang patut hadap trauma ni. Dia yang patut rasa gelabah dan tak tenang dalam hidup dia. Dia yang bunuh Aviera dengan cara kejam, abang tak salah walau sikit pun." Qaseh pujuk suaminya dengan nada perlahan yang penuh kelembutan.

       Alexo ukir senyum perit. Sangat perit. "Peluk abang." Mintanya perlahan, tanpa sebarang halangan, Qaseh terus tarik Alexo dalam pelukannya. Itulah cara mereka tenangkan satu sama lain. Dengan berpelukan. Simple, tetapi sangat bermakna.

        Sambil rambut dan belakang suaminya diusap, sambil itu juga Alexo sembamkan wajah di bahu isterinya. "Abang tak perlu kisah apa orang nak cakap, abang tak salah, tak ada apa yang abang perlu takut, melainkan Allah." Bisik Qaseh. Alexo diam mendengar.
      
      "Abang ada Qaseh, abang juga ada Allah yang tak pernah tinggalkan abang. Teruslah bersujud minta pertolongan dari-Nya bila abang rasa tak tentu arah." Bisik Qaseh lagi.

        "Terima kasih sudi pujuk abang macam ni." Balas Alexo pula, dia baringkan Qaseh, sekaligus dirinya terbaring sama.

       Mereka mengiring menghadap satu sama lain. Qaseh masih erat dipeluk oleh Alexo, rambut isterinya yang panjang terlerai cantik itu diusap dengan lembut.

       "Abang jangan sedih lagi, Qaseh janji, nanti Qaseh call company yang keluarkan artikel tu. Qaseh cari siapa yang bagi maklumat dekat diorang. Takpun, Qaseh suruh Qiu. Dia mesti laju je cari information." Kata Qaseh pada suaminya.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now