Qaseh's Amore: Chapter 16

2.5K 179 10
                                    

"Alex

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"Alex.." panggilan dari abangnya menyebabkan Alexo berpaling ke arah belakang.

      "Cosa c'è che non va con lei?"(What's wrong with her?) Soal Alexander. Alexo menggeleng. "Non vuole aprire la porta, l'ha chiusa dall'interno." (She don't want to open the door, she locked it from inside.)

      Mendengar itu, Alexander menuju ke arah laci almari antik yang ada di kawasan ruang tamu.

      Dia buka laci itu. Kunci bilik Qaseh  dia ambil.. lekas dia kembali menuju ke arah pintu bilik yang berkunci itu. Dia laju memasukkan kunci itu ke dalam lubang yang ada pada tombol pintu.

    Plak!

    Akhirnya, terbuka juga. Alexo yang melulu masuk dengan keadaan cemas. Kelibat Qaseh dia cari. Kelihatan Qaseh sedang duduk di ceruk dinding menangis dengan kuat.

    Alexander tidak ingin mengganggu perbincangan yang mungkin penting untuk kedua mereka, dia menutup pintu. Kemudiannya dia menuju ke ruang tamu.

      Alexo berlari mendekati bekas teman wanitanya itu. "Qaseh.. awak dah gila ke? Kenapa awak kunci pintu? Kalau jadi apa apa, siapa susah?" Alexo bersuara lantang. Kata kata itu malangnya menyebabkan Qaseh lagi kuat meraung tangis.

     'Siapa susah?' Dia menyusahkan Alexo? Begitukah?

        "Pergi... Saya tak nak cakap dengan awak! Saya tak nak jumpa sesiapa! Keluar! Keluar!" Qaseh memekik kuat. Alexo mengeluh. Dia dukung tubuh Qaseh naik ke atas katil kembali.

      Walaupun Qaseh beria menghalang dengan memukul dada bidangnya, dia tidak hiraukan, lagikan pula keadaan Qaseh lemah, pukulannya juga tidaklah sekuat mana.

      Sebaik Qaseh dibaringkan kembali dia atas katil king besar itu, dia menuju ke arah pintu gelangsar balkoni yang ditutupi langsir kelabu.

      Langsir itu diselak hingga menerangi seluruh bilik. Barulah Qaseh rasa sedikit tenang melihat langit biru di luar sana.

      Pintu gelangsar itu, dibuka Alexo. Qaseh menjenguk sekilas dengan mata sembab nya. Keadaan di luar menunjukkan mereka berada di kawasan jauh dari bandar.

      Malah, dia tiada rasa sikit pun untuk terus memerhati permandangan. Baginya, permandangan cantik ciptaan Allah itu tidak layak dilihat oleh perempuan kotor sepertinya.

        Dia kembali menangis di atas katil besar itu. Alexo kembali menoleh ke arah Qaseh. Tidak lama selepas itu, dia mendekati.

        Sebelum itu, dia menuju ke arah almari kecil yang ada di sebelah kiri. Laci almari itu dia buka. Kelihatan dia pegang sebungkus plastik lut sinar yang mempunyai selendang ungu dalamnya.

        Apabila dia labuhkan punggung di birai katil Qaseh, bekas teman wanitanya itu menjauhkan diri. Dia memeluk lutut sambil wajahnya dilarikan ke arah bertentangan Alexo.

QASEH'S AMORE ✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz