Qaseh's Amore: Chapter 27

2.4K 183 8
                                    

      "Qas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Qas.." Alexo rasa nafasnya sesak. Dia rasa sukar untuk menghembuskan nafasnya keluar.

     Dia rasa juga peluh peluh mengalir dari dahi. Namun, matanya masih tidak mahu terbuka. Tangannya meraba sisi. Namun, apa yang dia rasa sebaliknya, meja kaca yang keras. Di mana dia?

      "Qaseh..." Dia panggil isterinya. Namun, tiada sahutan. Dia rasa sunyi. "Sayang.." lagi sekali dengan lemah namun, masih sunyi.

      "Aviera..." Kali ini, nama arwah adiknya pula muncul.

      "I'm sorry... I'm sorry Aviera... Please... Please..." Dia meracau lagi.

"Alex.." Tiba tiba kali ini, dia dengar sahutan suara wanita yang menyebabkan dia terjaga. Terbuka matanya.

      Dia terus duduk dari baringnya. Baru dia sedar dan ingat dia dimana. Dia masih di rumah agam keluarganya. Wanita tadi ialah ibunya.

      Lady Agnese duduk berhadapannya. Wajah ibunya itu kelihatan risau. Sudah berkali kali dia dengar anaknya tidur dalam keadaan meracau. Dia tidaklah hiraukan kalau Alexo sebut nama Qaseh. Dia faham, pasangan yang sudah berkahwin, mesti nak pasangannya yang jaga waktu sakit. 

    Tapi, dia terkejut bila nama Aviera yang disebut anaknya. Alexo demam sebab mimpikan Aviera kah? Lady Agnese dekati anaknya yang duduk bersandar di sofa ruang tamu itu. Disuruh naik ke bilik, dia tidak mahu.

      Katanya hendak berehat sekejap saja. Tapi keadaan Alexo nampak serius.  "I'll call doctor.. stay here a while.."

      Alexo menggeleng. "You need a doctor! You look seriously pale!" Lady Agnese nampaknya benar benar risaukan Alexo.

      Namun, Alexo masih diam. Dia mula meraba raba meja.. pandangannya agak kurang jelas. Dia capai telefon miliknya. Nombor Qaseh dia dail. Namun, tidak berjawab.
 
       Dia mengeluh berat. Wajah pucatnya disembamkan di bahu sofa. "Where are you mi amor?" Alexo menyoal sendiri.

      Lady Agnese Marcella yang masih lagi duduk bersebelahan anak keduanya itu agak kesal melihat Alexo. Betullah anak dan menantunya itu bergaduh ya..

      Tangan yang menggigil itu perlahan ingin mengeluarkan telefon yang tadinya berbunyi. Dia lihat Alexo yang telefon dirinya.

    Namun, ada benda lebih mustahak dia sedang berdepan sekarang. Badannya makin dibawa ke dalam semak.

      Selangkah tapak kebelakang lagi, dia terlanggar seseorang. Hati mula takut untuk memandang. Namun, "Qaseh? Apa kau buat dekat sini?" Soalan dari abang iparnya kedengaran. Alhamdulillah.

    Edwis di sini. Dia lega. Dia jenguk jenguk ke arah Fernando berdiri tadi. Namun, tidak kelihatan lagi. Terus dia menghela nafas panjang.

      "Kenapa ni?" Soal abang iparnya lagi. Namun, Qaseh balas dengan gelengan. "Qaseh nak balik lah.. abang nanti Abang Ed tolong tengokkan kucing ni tahu.. tuan dia tak ada.. kesian dia.. Qaseh datang nak jenguk je.." kata Qaseh sambil dia mendukung Mia.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now