Qaseh's Amore: Chapter 9

2.6K 183 5
                                    

      "Why Milan? Why suddenly?" Soal Puan Marsya dengan tegas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Why Milan? Why suddenly?" Soal Puan Marsya dengan tegas.

      Qaseh malah, kekal dengan wajah polos. Selamba pula itu duduk tenang di sofa.

     "Nak tenangkan fikiran. Bukan lama pun mommy, lagipun, Dato' Faikh dengan Datin Yusra sendiri tak kisah. Apa salahnya? Kan Qaseh dah cakap. Lepas balik, Qaseh bagi jawapan." Tenang dia berkata.

    Malah, Puan Marsya kekal resah. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati ingin melepaskan Qaseh pergi ke Kota Milan itu.

      Bagaimana kalau dia balik bukan jawapan yang diberi? Tapi sebaliknya masalah? Dia risau.

     Puan Marsya beralih ke arah suaminya yang sedari tadi diam. Tuan Qiyran bagaikan tidak kisah langsung kalau Qaseh hendak pergi tenangkan fikirannya.

    Sebenarnya dia belajar dari apa yang pernah jadi sebelum ini. Kalau dulu Qiura hilang tiga tahun ke Pulau Hawaii dan kembali dan dia kelihatan lebih tenang, kenapa tidak biarkan Qaseh yang kelihatan serabut ini lakukan benda sama.

      Lagipun, dia fikir. Dia sudah tua. Dia tidak mahu anak anak marahkan dia nanti. Bila susah, anak anak juga dia perlukan.
 
      "Abang.." tegur sang isteri. Barulah dia mengalihkan pandangan ke arah anak bongsunya.

      "Pergilah.. daddy izinkan. Berapa lama Qas nak pergi?" Dengan tenang Tuan Qiyran bersuara.

        "Sebulan dua macam tu. Pasal company, Qiura janji dia nak take over, lagipun, dia kata, Uncle Danish bagi dia cuti lagi, sampai Dhaffa besar sikit, baru dia start private mission balik." Jelas Qaseh.
     
      Mendengar itu, Tuan Qiyran lebih lega. Bukan apa, dia juga sebenarnya risau kalau Qaseh cuti lama lama, syarikat itu penting. Tidak boleh diabaikan sesuka hati.

    Tapi kalau anak sulungnya setuju hendak uruskan sementara dia cuti sebagai agent rahsia di Agensi ISA, Tuan Qiyran tiada masalah.

       Tuan Qiyran mengangguk kepala, manakala isterinya sudah bermasam muka kerana tiada siapa menyokongnya.

      "Sya nak pergi mana sayang?" Soal Tuan Qiyran lembut pada isterinya itu. Dia tahu isterinya tengah merajuk.

      "Nak call Qiura. Mesti dia sokong Sya. Bukan macam abang. Tak nak pun sokong apa Sya cakap. Qaseh pun sama dah tak sayang mommy, nak tinggalkan mommy lama lama kenapa?" Puan Marsya sudah mengesat air mata yang keluar dari mata cantiknya.

     Lagi lagi Qiura sudah pulang ke rumah mertuanya sebaik dia habis pantang haritu. Makin sunyi Puan Marsya rasa, tiada lagi suara budak budak nak bising, kalau Qaseh juga nak pergi ke Milan, nanti dia tinggal seorang kalau suaminya pergi melawat syarikat. Itu yang dia tidak suka.

      Terus Qaseh rasa bersalah, dia menundukkan wajah. Rupanya, ibunya itu tidak ingin dia pergi kerana tidak mahu berjauhan. Mungkin dia masih takut kalau Qaseh pergi lama sama macam Qiura dulu.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now