Qaseh's Amore: Chapter 22

2.9K 182 3
                                    

"Tu mama dengan baba awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tu mama dengan baba awak. Kenapa tinggalkan diorang macam tu je?" Qaseh mengomel omel di telinga suaminya.

Namun, Alexo tetap diam. Dia dudukkan Qaseh di kerusi dapur. Makanan yang dia beli, dia letak di atas island table. Ubat yang dia beli di farmasi tadi pula, dia keluarkan.

Perlahan ubat luka itu disapukan pada hujung bibir isterinya yang luka akibat tamparan kuat dia tadi.

Dia tahu dia melebih. Tidak patut dia biarkan perasaan marah kawal diri dan cederakan Qaseh seperti tadi. Perlahan ubat itu disapukan. Qaseh mendesis sedikit apabila pedih luka terasa.

Selesai itu, Alexo lekatkan plaster kecil di hujung bibir Qaseh. Dia tidak kata apa apa, dia bangun, pinggan dia ambil. Makanan yang dia beli di restoran halal tadi dia buka dari bungkusan dan hidangkan.

"Makanlah.. awak tak makan apa apa lagi tadi.. makan ni, nanti saya kemas." Katanya.

Qaseh silih berganti pandang makanan di pinggan dan wajah suaminya. Alexo baru ingin berlalu pergi kembali ke ruang tamu, dia perlu jelaskan apa yang berlaku pada ibu bapanya. Itupun, kalau mereka masih sudi hendak dengar penjelasannya.

Namun, belum apa apa, Qaseh tarik jari telunjuknya Alexo. Satu jari saja sudah penuhkan seluruh tapak tangan kecilnya.

Langkah galah Alexo terberhenti. "Fayyad.. saya minta maaf, pasal tatu tu, kalau awak tak nak buang pun tak apa. Sebab sebelum ni, awak bukan Islam, saya terlalu ikutkan perasaan sampai harap awak jadi seorang umat Islam yang sempurna." Qaseh meminta maaf sambil wajah ditundukkan.

Alexo kembali duduk berhadapan isterinya. Kepala Qaseh yang dibaluti kemas tudung shawl dia usap. "I'm sorry because I lied to you too. We discuss about this soon sayang, I need to talk something with my parents." Jelas Alexo. Qaseh mengangguk.

'Sayang' kali pertama Alexo panggil dia sayang. Selalunya mi amor atau cuma Qaseh. Kedengaran lembut pula panggilan itu di telinganya.

Qaseh mula menjamah selera apabila Alexo pergi meninggalkan ruangan dapur. Dia tengok raut wajah suaminya seperti resah. Mengapa? Dia ada masalah dengan ibu bapanya kah?

Atau kerana perkahwinan mereka tidak dipersetujui? Tapi, Lady Agnese Marcella dan Sir Anthony Revello baik saja melayannya. Jadi mengapa?

Dia tidak hiraukan apabila kesedapan makanan mula dirasai. Dia makan dengan tenang tanpa mengetahui situasi ruang tamu agak tegang sebenarnya.

Alexo kuatkan diri. Segala memori hitam mula kembali melintas di benak fikirannya. Setiba saja dia di ruang tamu, kelihatan Lady Agnese Marcella bersama Sir Anthony Revello masing masing saling bergurau antara satu sama lain. Kelihatan jelas wajah mereka gembira. Hatinya terguris lagi. Bagaimana mereka boleh senyum bergurau senda dengan ramah dan gembira sedangkan dia merana buat 13 tahun?

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now