Qaseh's Amore: Chapter 11

2.4K 184 7
                                    

Rintisan hujan yang jatuh membasahi kota itu mula makin lebat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rintisan hujan yang jatuh membasahi kota itu mula makin lebat. Angin yang bertiup kencang juga menyalurkan rasa sejuk hingga ke tulang.

      Menggigil tubuh badan apabila hampir berjam jam sudah dia berdiri di tengah tengah hujan serta ribut petir itu.

     Badan mula rasa tidak selesa, mula rasa seperti ingin tumbang. Mengapa dia biarkan ini terjadi?
     
     Kerana dia masih kekal menyalahkan diri, walau apa yang telah jadi sebenarnya bukan sikit pun salahnya.

      Alexo yang sudah duduk bertenggung di tengah tengah jalan raya kosong yang sudah habis dibasahi dengan air hujan itu mula menyembamkan muka di lututnya.

        Dia sudah dalam kesejukan sehingga menggigil tubuh sasanya.

    Dalam masa yang sama juga, Qaseh yang hendak melintas jalan dalam keadaan hujan lebat menggila itu untuk menuju ke arah grab yang terpakir di seberang sana, terperasankan ada seseorang sedang membiarkan dirinya dibasahi hujan yang turun.

     Dia tiada niat ingin menegur, tetapi melihat keadaan lelaki itu sudah lenjun dengan air hujan, dia risau kalau lelaki itu tiba tiba pengsan.

      Akhirnya, dia memutuskan untuk mendekati.

"Encik, encik ok? Kenapa duduk dalam hujan?" Dia bertanya dengan pekat loghat Itali nya. Apabila lelaki itu masih diam tidak menjawab, dia bertanya lagi.

     "Signore, vuoi? condividi questo ombrello con Me?" (Mister, do you want to share this umbrella with me?)

        Lagi sekali lelaki itu diam, dia ingin kembali bertanya, namun.

    "K...kisah lagi a...wak kat saya mi amor.." mendengar suara garau yang menggigil itu, dia kecut perut. Jangan kata lelaki itu..

    Apabila dia mengangkat wajah, rasa nak hempuk saja bekas teman lelakinya itu dengan payung yang dia pegang. Sampai ke Milan pun boleh jumpa lagi ke? Ahhh!

       "Awak? Eh, awak stalk saya ke? Kenapa awak kat Milan? Mana awak tahu saya kat sini?" Sempat pula Qaseh membebel dalam hujan lebat itu.

      Alexo menggeleng. Dia betul betul kesejukan. Qaseh ni, tadi kata nak kongsi payung, ni jauhkan pula payung tu darinya.

      "Saya call polis? Baik awak mengaku! Awak ikut saya sampai sini ke ha?" Soal Qaseh lagi.

      Namun, belum apa apa, Alexo cuba untuk berdiri. Dia memegang hujung long coat yang dikenakan Qaseh, Qaseh cuba lepaskan tangan Alexo dari long coat yang dikenakannya.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now