Qaseh's Amore: Chapter 49

3.6K 181 2
                                    

       Kedua pasangan kembar itu, sudah begitu nyenyak tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Kedua pasangan kembar itu, sudah begitu nyenyak tidur. Masing masing tidak sedar apa yang jadi, sebaliknya dua dua dibuai mimpi. Dahi putih anak kembarnya itu dikucup. Bersama jari halusnya yang membelai lembut ubun ubun kedua anak anaknya itu.

   Dia kemudian menjauhi diri dari katil, tidak mahu anak anaknya terjaga. Dia kerling suaminya yang berada di bucu katil hujung sana. Nampak seperti Alexo sedang menunggu giliran, untuk dia pula kucup anak anaknya yang sedang tidur itu.

        Dia mengukir senyum saat Qaseh seolah beri dia ruang untuk lakukan hal itu. Tidak menunggu masa, dia terus usap rambut coklat cair anak anaknya, kemudian, segera pipi kedua Fawwaz dan Fayyaz dikucup.

        Hanya Tuhan yang tahu bertapa bersyukurnya dia, kerana anak anaknya masih diberi peluang untuk melihat dunia. "Abi balik dulu... Bangun nanti, jangan nakal nakal.. nanti abi datang jumpa anak anak abi ni hmm?" Bisik Alexo dengan lembut di telinga anak anaknya.

      Terpancar jelas cahaya kasih sayang seorang ayah dari matanya. Qaseh yang memerhati, rasa bersalah. Mengapa Alexo kena pergi pula? Baru jumpa, takkan nak pergi dah, ke sebab tamparan dia di lapangan terbang tadi? Alexo marahkah?

      Alexo menjauhi katil dengan hati yang berat ingin meninggalkan putera kembarnya itu. Namun, dia rasa Qaseh tidak inginkan kehadirannya di sini. Jadi, dia akur dan rasanya, dia perlu pergi.

         Baru dia hendak memulas tombol pintu untuk keluar, tangannya itu, dipegang Qaseh. "Abang nak pergi mana ni?" Soalan Qaseh kedengaran seperti dia hendak mengalirkan air mata.

        Alexo terkebil kebil. "A..abang na..k." Mengapa pula isterinya ini? Benci sangatkah dengan dia sehingga ingin menangis? "K.. kenapa sayang?" Soalnya.

     Dalam dia tidak sangka, tubuh kekarnya, dipeluk erat oleh Qaseh. Terkejut dia. "K.. kenapa ni mi amor sayang?" Alexo soal lagi. Qaseh tidak jawab, sebaliknya, apa yang dia buat, kekal peluk suaminya dengan erat.

       Alexo tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan untuk dia lepas rindu ini, dah alang alang Qaseh peluk dia, dia balas lekas pelukan itu dengan eratnya.

          "Abang rindu isteri abang." Bisiknya sambil tangan masih mengusap kepala isterinya itu. Qaseh tersedu sedu menangis. Dia juga rindukan Alexo seperti orang gila. Selama setahun, dia betul betul ingat, Alexo sudah bencikan dia kerana dia tidak suci lagi. Bukan mudah untuk dia hadam semuanya.

          "Qaseh ingat abang dah tak sayang Qaseh. Qaseh ingat abang dah benci Qaseh. Hiks.. Hiks.. Qaseh ingat abang dah jijik nak sentuh Qaseh." Qaseh meluahkan dengan tangisan yang tidak henti. Alexo diam. Dia tidak menyahut atau membalas. Tubuh kecil isterinya itu terus dipeluk dengan eratnya.

      Itu saja cara dia tunjukkan semua, sayang, cinta, rindu, semuanya dengan hanya satu pelukan. Dia pujuk Qaseh dengan hanya menggunakan belaian lembut. Disertai, kucupan kucupan yang benar benar ikhlas datangnya dari hati.

QASEH'S AMORE ✓Where stories live. Discover now