"Tina apa cakap macam tu." Marah sir Rehan bila mendengar soalan yang diajukkan oleh empunya badan.

Tina menggolengkan matanya. Tak puas hati kepada sir Rehan yang mempertahankan Kai.

"Saya tanya dia bukan tanya sir." Jawab Tina dengan nada yang kasar.

"Budak ni.." terhenti kata kata sir Rehan apabila Kai menahan tangannya. Kai menggelengkan kepalanya menandakan yang biar dia uruskan semuanya. Sir Rehan yang faham akan tanda yang diberikan oleh Kai terus membenarkan.

"Okey, kamu uruskan tapi jangan melampau." Kata sir Rehan kepada Kai.

"Okey." Balas Kai.

"Kau yang duduk kat situ. Apa nama kau?" Soal Kai dengan tangan ditunjukkan dekat Tina.

"Aku? Ooh aku Tina. Tina Fiara anak kepada dato shah." Balas Tina dengan suara yang bongkak.

"Ooh okey." Hanya itu saja yang dibalas oleh Kai sebelum bertanya dengan sir Rehan dimana tempat duduknya. Selepas diberitahu, Kai terus ke tempat duduknya dengan telinga yang terbuka luas mendengar semua kutukan dari yang lain.

"Dengar je pangkat dato terus diam."

"Biasalah first memang acah kuat lama lama jadi pengecut kau kena faham."

"Dasar pengecut."

Macam macam yang Sero dengar. Sero berjalan ke arah tempat duduk dia dan tanpa disangka tempat duduknya di depan tempat duduk Melia. Hah lagi senanglah kalau macam ni. Fikir Sero.

"Hah dasar pengecut ada hati nak cabar aku." Ejek Tina dengan suara yang angkuh. Yang mendengar terus menggelakkan Sero.

Ooh tunggu kau aku report kat bos baru tau, dahlah bapak kau tu bekerja dengan bos aku tau. Bila bila masa saja bos aku boleh tolak bapak kau. Bisik hati Sero sinis.

Sero pandang ke belakang memandang ke Melia sambil melambaikan tangan kearahnya.

Melia yang nampak terus membalas lambaian Sero.

"Okey sudah tu sekarang buka buku kamu muka surat 104. Kita habiskan bab ni lepastu masuk ke bab baru." Kata sir Rehan sambil menepuk tangan supaya mendapat perhatian pelajarnya.

Ooh tunggu kau. Kau tak habis lagi jawab soalan aku. Bisik hati Tina sambil mata memandang ke arah Kai yang fokus memdengar lecturernya mengajar. Tina hah dia meniru je kalau ada latihan atau peperiksaan nanti.

Ring...ring...

Loceng menunjukkan waktu belajar sudah habis.

"Okey semua ingat kerja yang saya bagi, minggu depan saya nak kerja tu kalau tak siap bersedia dengan hukuman yang akan saya beri. Faham." Kata sir Rehan sebelum meninggalkan kelas.

Habis saja kata kata sir Rehan Tina datang mendekati Kai yang sedang bersembang dengan Melia.

"Ooh kome pasangan kekasih ke, so sweet." Kata Tina dengan nada mengejeknya.

"Yang kau ni sibuk kenapa, takde kerja." Kata Melia sedikit kasar. Mana Hanis? Hanis dia tak datang sebab tak sihat katanya demam. Kalau ada Hanis mesti dia lawan kaw kaw punya.

"Kau tak payah sibuklah perempuan, ni hal aku dengan Kai kau pergilah dengan Hanis. Ooh aku lupa kawan kau tu tak datangkan haha sorry. Kalau macam tu kau pergilah dengan Zakrul ooh aku lupa dia dah tinggalkan kau. Hahahaha." Balas Tina dengan nada yang angkuh. Diikuti dengan geng dia yang lain.

Melia yang rasa geram ingin menampar wajah Tina, tapi tak jadi bila terdengar suara yang amat Melia tak suka. Ye suara Zakrul.

"Babe, u buat apa kat sini dah waktu rehatkan jom kita lunch i belanja." Kata Zakrul kepada Tina menggunakan panggilan couplenya.

Sero yang mendengar kata panggilan itu terus menggeliat geli. Ee takde nama lain ke nak guna nama tu jugak nak pakai. Bisik hati Sero.

"Ooh hai babe ni I nak pergi rehatlah ni cuma Melia nilah yang tak bagi katanya nak I buatkan kerjanya pastu bila I tak nak dia ugut kalau dia akan rampas u dari I tu yang I lambat keluar tu." Fitnah Tina sambil menunjukkan jarinya ke Melia.

Melia yang mendengar hanya menundukkan kepala. Takpe dia dah biasa kena fitnah macam ni. Sero pula tercengang dengan kata Tina. What perempuan ni fitnah Melia, hah nak kena perempuan ni. Zakrul yang mendengar sudah naik angin, tangannya terus menampar wajah Melia. Kuat.

"Kau ni kan memang tak serikkan asyik nak hancurkan hubungan kiteorang je. Dah takde kerja ke hah nak buat semua ni. Memang patut pun aku tinggalkan korang perangai dah tak macam setan tapi lagi teruk dari setan tau tak!!!" Marah Zakrul ke Melia. Suaranya menarik perhatian orang yang ada lagi di kelas. Yang lain hanya mampu ketawa.

Sero yang mendengar dan melihat apa yang terjadi di depan matanya terus bertindak ingin menumbuk muka lelaki tu, tapi di tahan oleh Melia. Sero memandang Melia pelik. Tak marah ke perempuan ni. Kata hatinya. Sepatutnya dia nak je buat tanpa hiraukan Melia tapi bila teringat balik kata bos terus tak jadi.

"Sorry aku tak sengaja." Kata Melia dengan kepala menunduk kebawah.
Dia taknak tengok wajah lelaki dihadapannya. Melia mendengar bisikan orang yang berada di kelasnya.

"Dia buat lagi ke."

"Dasar perampas, kalau dah kempunan tu carilah ni tak nak merampas je kerjanya."

"Kau nak tahu perempuan tu..."

Macam macam lagi yang Melia dengar tapi dia tak nak balas. Yang dia fikir dia nak keluar je dari tempat ni. Tolonglah pergi. Rayu hati Melia.

"Dahlah kalau aku cakap dengan kau pun bukannya kau nak dengar lagi bazir masa je. Dah jom babe tinggalkan tak guna ni kat sini." Kata Zakrul dekat Tina sambil meninggalkan Melia dengan Kai kat situ.

"Jom babe." Kata Tina dengan wajahnya kebelakangkan sedikit dan dia menjelirkan lidahnya ke Melia menandakan yang dia mengejek dan menang.

Melia terus ke keluar apabila mereka sudah pergi. Sero dengan wajahnya yang menahan marah terus mengikuti Melia dia perlukan penjelasan dari Melia. Kenapa Melia tak marah. Siapa Zakrul kepada Melia. Dan lain lain dia harus tau sebelum melaporkan kejadian itu ke bosnya. Korang tunggu aku akan pastikan bos beri arahan kat aku suruh beri korang pengajaran. Korang tunggu je.



Sorry kalau buat korang rasa pening nanti saya akan kerap ingatkan yang Sero menyamar sebagai Kai okay.😉😅

My Overprotective Mafia Where stories live. Discover now