CHAPTER 51

9.6K 369 36
                                    

RAMADAN AL MUBARAK

Hari pertama puasa...

Dahlia yang sarat mengandung tetap menjalankan ibadah puasa walaupun dilarang oleh doktor. Doktor Chen risau jika berpuasa itu akan mengganggu tumbesaran bayi dan juga kesihatan Dahlia.

Kedegilan Dahlia meneruskan ibadah puasa membuatkan Ray serba salah namun apabila Dahlia berjanji untuk membuka puasa jika kesihatannya tidak mengizinkan barulah Ray berasa senang hati.

Dahlia juga berhenti mengidam benda-benda yang pelik. Selepas mereka ke Bangkok, Dahlia dibawa berjumpa dengan Madam Song.

Madam Song sangat gembira berjumpa dengan Dahlia sementelah Madam Song mendapati Dahlia membawa zuriat Ray bersama.

Menghabiskan dua hari di pulau Madam Song sangat menyenangkan hati Dahlia. Dahlia benar-benar memanfaat percutian itu untuk berehat.

Dahlia mencari Ray di seluruh mansion tapi bayang Ray pun tak nampak. Begitu juga dengan Karl, Eden dan Mike. Bukan saja bayang Ray, bayang Black Panthers juga hilang.

Dahlia memegang pinggang, terasa sengal pula bila berjalan ke sana sini. Kandungan yang hampir mencecah 9 bulan itu membataskan pergerakannya. Sekali tengok macam penguin berjalan. Hehehe.

"Aunty... nampak Ray tak?" Dahlia tanya Aunty Rose apabila dia tidak dapat mencari Ray.

"Eh! Tadi ada je dia dalam ofis, sekarang dah hilang? Lia dah cari dalam bilik?"

"Dah aunty... satu mansion ni Lia dah jelajah tapi batang hidung Ray pun tak nampak. Mana Ray pergi ni?" Dahlia garu kepala.

"Kenapa Lia cari Ray?"

"Hmmm... Lia nak ajak pergi bazar Ramadan. Kat sana mesti ada makanan yang sedap-sedap. Lia teringin nak makan martabak, roti john, kambing bakar, popia... isyyh sedapnyaaa." air liur Dahlia sudah hampir meleleh.

"Lia... kat bazar tu sesaklah, nanti Lia tak selesa pula. Sekarang penyakit banyak, aunty takut Lia terkena penyakit pula... berbahaya untuk baby."

"Nanti aunty suruh chef masakkan semua itu untuk Dahlia. Lia cakap, Lia nak makan apa, nanti aunty sendiri boleh masakkan."

Dahlia diam. Wajahnya bertukar mendung. Dia suka ke bazar Ramadan kerana banyak makanan boleh didapati di sana.

Dulu... selepas dia habis kerja, dia akan ke bazar untuk membeli makanan untuk berbuka. Nak masak tak sempat dah kerana kedai serbaneka ditutup lewat petang. Dahlia tidak sempat masak untuk berbuka.

Dahlia berlalu dengan perasaan sedih. Dia tahu Aunty Rose hanya risaukan kesihatannya jadi dia tidak mampu untuk melawan cakap Aunty Rose.

Aunty Rose amat menjaga kebajikannya ketika dia mengandung dan dia tahu Ray akan mendengar semua cakap aunty Rose.

Aunty Rose sekadar menggeleng melihat Dahlia berlalu sambil menunduk. Dia faham perasaan Dahlia tapi dia tidak boleh membiarkan Dahlia  penat... nanti Ray marah dia pula.

Dahlia naik ke bilik. Kalau dulu dia suka naik tangga tapi sejak sarat ni dia terpaksa naik lif. Bilik dia terletak di tingkat paling atas jadi nak menapak melalui tangga... rasa macam panjat pokok kelapa.

Sebelum sempat dia menekan butang lif, jarinya menekan kembali butang keluar. Dia baru teringat ada satu tempat lagi dia tak cari.

Bilik rahsia.

Dahlia melangkah perlahan menuju ke bilik rahsia, sebenarnya bukan lagi bilik rahsia. Namun Ray tetap menggunakan bilik itu sebagai bilik latihan untuk Black Panthers.

Pintu bilik rahsia tertutup rapat. Dahlia memulas tombol (Ray dah tukar pintu rahsia ke pintu biasa) dan membuka pintu dengan perlahan.

Sebaik saja pintu terbuka, Dahlia terkejut melihat pemandangan di dalamnya.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang