CHAPTER 41

11.3K 482 21
                                    

Pakk!!

Thudd!!

Dua kali pukulan daripada Dahlia membuatkan lelaki yang baru saja menjenguk kepalanya ke dalam bilik itu terjatuh. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Tangan disilang ke kepalanya untuk melindungi dari dihentam lagi.

Dahlia angkat tinggi kayu untuk memukul kali ketiga sebelum ada lelaki lain yang memegang tangannya. Pergelutan berlaku di antara Dahlia dan lelaki kedua sebelum lelaki itu merampas kayu dari tangan Dahlia.

"Cik Dahlia!" Lelaki kedua menjerit memanggil membuatkan Dahlia terpempan, kaku dan tegak di situ.

Terkejut melihat lelaki yang memanggil namanya membuatkan Dahlia terduduk. Mata memandang kedua-dua lelaki di hadapannya.

"A...aa...bang Abu... Raju..." bibirnya terketar-ketar menyebut nama orang yang dikenalinya.

Abu hanya mampu tersengih manakala Gopal mendengus marah... geram kerana buat kali kedua Dahlia berjaya memukulnya.

"Apa Raju... Raju. Aku Gopallah. G.O.P.A.L." Gopal masih lagi menggosok kepalanya.

"Alaaa... Raju ke Gopal ke... sama saja kan." Dahlia silang tangan, mulut mencebik kepada Gopal.

Dahlia masih lagi terasa sakit di pipi selepas ditampar oleh Gopal walaupun perkara itu sudah lama berlalu. Bukan salah dia kalau dia pukul Gopal sebab mereka yang menceroboh rumahnya.

"Mana sama..." Gopal angkat tangan untuk menampar Dahlia tapi Abu menghalangnya.

"Sudahlah Gopal, salah kau juga masuk tak bagi salam." Dahlia tergelak, apa punya alasan yang Abu beri. Tak masuk akal si Gopal nak bagi salam masuk dalam bilik itu.

Gopal angkat penumbuk tapi Abu cepat-cepat mengelak. Kalau ikutkan baran Gopal, lebam matanya tapi sebabkan Abu adalah senior mereka... Gopal menurunkan kembali tangannya.

"A...aa...pa yang abang Abu buat di sini?"

Kura-kura dalam perahu pula Dahlia ni. Abu garu kepala yang sentiasa gatal. Susah juga soalan Dahlia, nak jawab ke tidak? Abu sengih lagi.

"Kami yang culik kau, itu pun nak tanya." Gopal menjawab bagi pihak Abu.

"Saya tak tanya awak la, Rama. Saya tanya abang Abu."

"Nama aku Gopal... Gopal! Berapa kali aku nak bagi tau!" Gopal membentak.

"Whatever." Dahlia jeling Gopal, dari hari itu lagi dia tak suka Gopal.

"Eh! Cik Dahlia dah pandai cakap orang putih. Sejak bila?" Abu kelihatan teruja mendengar Dahlia boleh berbahasa Inggeris walaupun Dahlia baru sebut satu perkataan.

"Sejak tinggal dengan Ray." Dahlia menjawab dengan perlahan. Langkah dibawa ke katil dan Dahlia duduk di situ.

Mata masih lagi memandang Abu dan Gopal. Abu nampak agak gelisah. Sejak mereka lari dari Count Drac sebab tidak dapat membunuh Ray, ada seseorang yang menyembunyikan mereka berempat.

Agak lama juga mereka bersembunyi sehinggalah mereka diarahkan untuk menculik Dahlia. Demi terhutang kepada tuan baru mereka, Abu dan gengnya sanggup menculik Dahlia walaupun Abu agak keberatan untuk berbuat demikian.

Umpama telan mati mak, luah mati bapak... Abu terpaksa menerima tugasan yang berat itu. Sebenarnya Abu juga terhutang budi kepada Ray kerana melepaskan mereka dulu. Namun demi kelangsungan hidup dan gesaan daripada Gopal, Ah Seng dan Bob... dia terpaksa menculik Dahlia.

"Ray jaga Cik Dahlia dengan elok?" Abu berbasa-basi.

Dahlia sekadar mengangguk. Abu tersenyum senang.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDOnde histórias criam vida. Descubra agora