CHAPTER 20

13K 585 49
                                    

Dahlia terpaku dan terkelu sebaik sahaja pintu rahsia itu terbuka. Aktiviti di dalam bilik rahsia itu juga terhenti serta merta sebaik kemunculan Dahlia yang tidak diduga. Karl, Mike, Eden dan yang lain segera berpaling memandang Ray. Ray telan liur bukan kerana takut tetapi agak panik melihat Dahlia kejung di situ.

"A..pa.. apa semua ini?" Dahlia memandang tepat ke arah Ray.

Kenapa mereka semua cedera? Apa yang sudah jadi? Kenapa tidak dibawa ke hospital? Dan paling penting kenapa mereka seolah-olah bersembunyi di sebalik dinding ini? Apa rahsia mereka? Bukan! Apa rahsia Ray sebab mansion ini milik Ray, mesti ada perkara yang Ray sembunyikan daripadanya.

Semua persoalan bermain di kepala Dahlia tapi lidah kelu untuk bertanya semuanya serentak. Jangan-jangan.... tidak...
Dahlia geleng laju kepalanya. Dia tidak mahu memikirkan yang buruk seperti yang terlintas di dalam kepalanya.

"Ray... you must tell her. It's for her own good." Karl bersuara apabila semuanya senyap termasuk Ray.

"No... no... I can't. She must not know who I am. I could lose her forever."

"She's your wife now. Sooner or later she would know."

"This is not the right time..."

"She's already saw us. Now is the right time."

"Damn it Karl. What's wrong with you? Why are you push me like this?"

Pertelingkahan di antara Ray dan Karl terhenti apabila...

"Diam!! Tak payah bertengkar! Ray, kalau awak tak cerita apa sebenarnya yang berlaku... saya akan pergi dari sini." Dahlia menjerit lantang, mengejutkan mereka semua.

"Dahlia, sebenarnya..." Eden menghampiri Dahlia tapi dipintas oleh Ray.

"It's okay Eden... let's me explain to her." Ray menghalang Eden menjelaskan kepada Dahlia kerana itu adalah tugasnya sebab Dahlia adalah isterinya.

Ray melangkah perlahan menghampiri Dahlia. Ray cuba untuk menggapai tangan Dahlia tetapi Dahlia melarikan tangannya ke belakang badan. Dia masih lagi terkejut dan tidak bersedia untuk berkompromi dengan Ray.

"Dahlia... err... errr... sebenarnya... sebenarnya..." Ray masih lagi teragak-agak untuk bersuara.

"Saya menunggu Ray." suara Dahlia bergetar.

"Sebenarnya... aku... kami..."

Ray garu kepala, bertemu musuh pun tidak susah seperti ini. Setiap ayat yang hendak disusun kelihatan sangat sukar. Wajah Ray agak pucat. Dia sendiri tidak faham kenapa susah baginya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Mungkin dia takut Dahlia akan memandang jelik kepadanya. Atau dia takut Dahlia akan minta berpisah. Cerai? Ray tidak mampu bercerai dengan Dahlia kerana dia sudah menyayangi Dahlia.

"Dahlia... aku..."

"Sebenarnya Dahlia, kami adalah mafia. Ray ketua kami. Kau nampak kami cederakan... sebabnya kami baru lepas bertempur dengan kumpulan mafia yang lain."

Karl!

Karl!

Karl!

Serentak Ray, Mike dan Eden menjerit nama Karl. Karl hanya tersengih.

"Susah sangat nak beritahu kan. Biar aku saja yang terangkan kepada Dahlia. Kau semua pengecut."

Dahlia tergamam. Dalam fikirannya tadi hanya terlintas jika Ray adalah dari kumpulan samseng saja tapi mafia? Fikiran Dahlia langsung tidak terlintas ke arah itu.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now