CHAPTER 25

11.5K 511 10
                                    

Dahlia!

Lia!

Cik puan!

Fizi, CT dan Mike menjerit serentak memanggil Dahlia. Dahlia seakan kebingungan. Ketika itu matanya hanya melihat keadaan di dalam mall begitu huru hara dan kecoh. Semua orang bertempiaran lari setelah mendengar tiga das tembakan dilepaskan.

Dahlia merasakan dunia ini berpusing dengan laju. Dia memegang kepalanya, terasa berat. Dahlia tidak fikir apa-apa sehinggalah dia terasa tubuhnya dirangkul seseorang. Mukanya tersembam di dada Fizi sebelum Fizi menariknya duduk dan melindungi kepalanya.

Mike dan CT sudah bersedia dengan senjata masing-masing, berlari menuju ke Dahlia dan Fizi. Dahlia masih berada dalam dakapan Fizi. Dia tercengang dengan kejadian yang baru berlaku. Dia tidak dapat memikirkan apa-apa.

"CT! Take Dahlia to the car now!" Mike jerit kepada CT.

"Cik puan... jom masuk dalam kereta sekarang!" CT menarik tangan Dahlia.

"Hah?!" Dahlia langut memandang Fizi.

Fizi yang masih memegang Dahlia mengangguk tanda menyuruh Dahlia menurut arahan CT. Dahlia memegang erat tangan Fizi, dia menggeleng kepala.

"Kenapa?" Fizi hairan melihat Dahlia masih statik dalam rangkulannya.

"Lia takut... Fizi temankan Lia."

"Dahlia! Tunggu apa lagi! Masuk dalam kereta... sekarang!" Mike sudah tidak sabar. Dia takut mereka diserang lagi walaupun sudah tidak kedengaran bunyi tembakan.

"Fizi..." Dahlia merengek seperti budak kecil.

"Bagi aku ikut sama!" Fizi terpaksa mengikut Dahlia memandangkan Dahlia masih berdegil tidak mahu masuk ke dalam kereta.

"Dahlia! Jangan degil! Masuk sekarang!!" Mike menguatkan suaranya.

Geram pula melihat Dahlia masih kaku dalam dakapan Fizi. Kalau Ray tengok, tak tahulah apa reaksi Ray. Mike tidak tahu apa hubungan Fizi dan Dahlia. Nampak macam rapat. Setahu Mike, Dahlia anak tunggal... tidak ada abang atau adik lelaki.

"Take me with you! Dahlia needs me. For heaven's sake... please." Fizi terpaksa merayu kepada Mike.

"Please Mike... we don't have time. Take him with us. I know Dahlia needs him. I tell you later." CT terpaksa masuk campur.

Tak guna mereka bertengkar di situ. Keselamatan Dahlia lebih penting daripada bertelingkah dengan Fizi. Dia juga risau melihat Dahlia yang nampak trauma dengan kejadian tadi.

Mike mendengus geram, terpaksa membawa Fizi sekali ke markas mereka. Tidak mahu memikirkan apa kata Ray nanti sebab nyawa Dahlia lebih berharga. Ray tentu lebih mengamuk jika cinta hatinya cedera teruk dalam serangan ini.

"Okay... let's go!" Mike berlari ke kereta. Bersedia untuk memecut jika ada lagi serangan ke atas mereka.

Fizi dan CT memapah Dahlia yang sudah lembik masuk ke dalam kereta. Dahlia masih lagi memegang kemas tangan Fizi... tidak mahu melepaskan pegangan kepada Fizi.

CT duduk di bahagian depan, membiarkan Fizi duduk bersama Dahlia. Sebaik pintu ditutup, Mike terus memecut keretanya. CT memandang ke belakang, amat risau melihat keadaan Dahlia.

Ketika Fizi menarik tangannya dari bahu Dahlia, baru dia perasan ada darah di tapak tangannya. Wajahnya berubah pucat kerana dia tahu Dahlia sudah cedera.

"CT... ada darah..." perlahan suara Fizi sambil menunjukkan tapak tangannya kepada CT.

"Apa?!" Mata CT terbeliak memandang Fizi.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now