CHAPTER 43

8.4K 371 20
                                    

Dahlia merenung nasibnya setelah ditinggalkan bersendirian di situ. Dia terikat di sebuah kerusi yang terletak di tengah-tengah bilik yang luas, rasanya bukan bilik tapi nampak macam kilang kecil yang terbiar.

Peralatan serta mesin usang tersadai dan sudah berkarat. Dia tak tahu kilang apa dan dia tak peduli pun. Dia sedang memikirkan apa akan terjadi kepada nasibnya nanti. Kenapa dia dibawa dan untuk apa dia di letak di situ... dia tidak tahu.

Sekarang Dahlia amat rindukan Ray juga kepada CT, Karl, Eden, Mike dan Black Panthers. Detik-detik bersama mereka cukup menggembirakan Dahlia. Pahit dan manis bergaul bersama menjadi hidup Dahlia cukup ceria.

Dahlia teringatkan akan apa yang berlaku tadi...

Imbas kembali...

Pintu bilik dibuka kasar mengejutkan Dahlia yang sedang terikat di atas katil. Selepas kejadian memukul Gopal tempoh hari, Gopal sentiasa mengikat tangannya dan kakinya ke katil. Dahlia tidak berupaya untuk bergerak.

Hendak buang air kecil dan besar pun susah. Dahlia terpaksa menjerit memanggil mereka yang berkawal dan Dahlia sudah beberapa kali merayu kepada Gopal supaya melepaskannya. Dahlia juga berjanji tidak akan cuba untuk melarikan diri tetapi segala rayuannya hanyalah sia-sia.

Gopal nampaknya suka untuk menyiksa Dahlia, mungkin kerana hendak membalas dendam. Abu cuba untuk masuk campur tapi Gopal hanya buat pekak. Abu terpaksa mendiamkan diri kerana tidak mahu bergaduh dengan Gopal. Dia tahu Gopal seorang yang panas baran dan bengis.

Gopal menghampiri Dahlia dengan membawa sebilah pisau. Wajah Dahlia kelihatan pucat melihat pisau rambo yang berkilat dihunus kearahnya.

"Hei! Apasal nampak takut sangat ni?" Gopal melihat mata Dahlia melekat pada pisaunya. "Oooo... kau ingat aku nak bunuh kau ke?"

Gopal ketawa dengan kuat. Sekali tengok macam syaitan pula rupa Gopal ketika ini. Dahlia mengutuk Gopal dalam hati. Bob yang berada di belakang Gopal hanya tersengih. Seronok agaknya melihat Dahlia dalam ketakutan.

"Ikutkan aku... memang aku nak bunuh kau, malangnya aku tak dibenarkan untuk bunuh kau walaupun aku teringin sangat nak kelar leher kau." Bisik Gopal di telinga Dahlia.

Dahlia hanya mampu menitiskan airmata mendengar kata-kata Gopal yang begitu menyakitkan hatinya.

Gopal memutuskan tali yang mengikat tangan dan kaki Dahlia. Dahlia segera bangun dan menggosok pergelangan tangannya. Gopal ikat dia dengan kuat menyebabkan pergelangan tangannya berbirat.

"Awak nak lepaskan saya ke?" Dahlia senyum sikit kepada Gopal.

Gopal memberi pandangan yang tajam kepada Dahlia. " Kau ingat aku sedang buat kebajikan ke? Nak lepaskan kau? Dalam mimpi. Hahaha."

"Gopal, cepatlah! Bos suruh kita bawa perempuan ini segera." Bob menggesa Gopal yang masih ralit bercakap dengan Dahlia.

"Alaa... rileks la. Aku nak bercakap dengan Dahlia buat kali terakhir."

Dahlia tergemap. "Apa maksud awak? Tadi awak kata tak bunuh saya. Sekarang apa yang awak kata?" Suara Dahlia kedengaran menggeletar.

Gopal tarik tangan Dahlia dan mengheret Dahlia keluar dari dalam bilik. Dahlia menjerit kuat apabila dipaksa oleh Gopal. Tangan Gopal dipukul kuat tapi Gopal hanya tersengih. Bob mengikut Gopal dari belakang, sekadar berjaga-jaga jika Dahlia dapat larikan diri.

Dahlia dibawa turun dan baru Dahlia perasan dia bukannya ditahan di rumah tapi kilang yang sudah lama ditinggalkan. Gopal membawa Dahlia ke satu tempat di tengah-tengah kilang.

Dahlia didudukkan di atas sebuah kerusi yang terdapat di situ, Gopal dengan pantas mengikat tubuh Dahlia di kerusi itu. Dahlia cuba meronta tapi tidak berjaya sebab dipegang kuat oleh Bob.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now