CHAPTER 2

17.3K 740 52
                                    

Dahlia membrek motosikal sehabis daya tapi malangnya dia tidak dapat mengelak daripada melanggar insan yang melintas secara tiba-tiba. Dahlia menjerit sekuat hati dan menutup mata. Seriau untuk melihat kemalangan ngeri yang terjadi di hadapan mata.

Amboi Dahlia, langgar dengan motosikal saja pun, bukannya dengan treler. Bunyi erangan membuatkan Dahlia membuka mata dengan perlahan. Dia yakin dia melanggar manusia setelah mendengar erangan tersebut.

"Alamak! Aku langgar orang ka? Matilah aku!" Dahlia mula gelabah.

Dia segera turun dari motor kapcainya dan mencari mangsa kemalangan. Matanya membulat apabila melihat seorang lelaki terbaring di hadapan motornya. Dahlia mendekati jejaka tersebut dan meletakkan jari telunjuk di hadapan hidung pemuda tersebut.

"Uish..mancungnya hidung, ni kalau sangkut baju pun lepas ni, hehe." Dahlia sempat lagi komen padahal dia hanya hendak pastikan lelaki itu masih bernafas atau tidak.

Suasana gelap agak menyukarkan Dahlia meneka tahap kecederaan lelaki itu. Wajah pun kurang jelas kelihatan kerana bengkak bengkil yang ketara. Baju pula koyak rabak dan masih basah. Dahlia hairan melihat keadaan itu...takkan malam-malam pun nak mandi sungai?

Tiba-tiba tangan lelaki itu mencengkam lengan Dahlia menyebabkan Dahlia menjerit ketakutan. Dahlah gelap, hanya mereka berdua di situ, kalau jadi apa-apa kepada Dahlia tiada siapa yang akan tahu.

"Please..help..me.." suara pemuda itu perlahan dan bergetar membuatkan Dahlia terpaku.

Dahlia terpaku bukan kerana terkejut tapi sedang menghadam apa yang dituturkan oleh lelaki itu.

"Isyy..dia cakap omputih pula..ni yang aku lemah ni..tapi kalau tak silap aku help tu maknanya tolongkan." Dahlia bercakap sendiri.

Dahlia agak lemah dalam pelajaran Bahasa Inggeris tapi setakat ayat mudah dia boleh faham tapi untuk menuturkan bahasa itu, Dahlia surrender.

"Err..encik..encik tunggu sini sekejap..saya nak panggil tok ketua..nak hantar encik ke hospital. Saya tak ada kereta. Encik tunggu ya."

Dahlia terpaksa meminta pertolongan tok ketua. Takkan dia hendak membawa pemuda itu ke hospital dengan motornya. Sudahlah hospital terletak di bandar, di pekan klinik untuk ibu mengandung ada la.

Sebaik saja Dahlia ingin bangun, tangannya ditarik oleh pemuda itu.

"No..no..not hospital..please.."

Dahlia garu kepala. Lahhh..tak mau ke hospital pula. Apa kes ni? Takut jumpa doktor ke?

"Please..take..to..your..home..they..will..kill..me.."

Pulak dah...Dahlia cuba menghadam lagi ayat pemuda itu. Home maksud rumah, kill maksudnya bunuh? Dahlia terkesima. Apa maksudnya bunuh itu? Dia akan dibunuh ke? Siapa pemuda ini? Buruan polis ke? Apa aku nak buat ni?

Melihat kecederaan  pemuda itu, Dahlia rasa lelaki itu telah dibelasah teruk. Rupa pun tak nampak macam samseng tapi perlukah dia mengambil risiko untuk membawa balik lelaki itu. Dahlia mengeluh. Rasanya susah untuk membuat keputusan yang betul. Kalau setakat nak makan apa, Dahlia tak kisah, dalam sesaat dia boleh buat keputusan.

Setelah agak lama Dahlia mendiamkan diri, lelaki itu menyerahkan sesuatu kepada Dahlia. Dahlia mengerutkan wajahnya setelah melihat lelaki itu menghulur wallet kepada Dahlia.

"Apa maksud encik? Saya tak faham."

Lelaki itu termangu sebentar.

"Take this. I'm not a bad guy. You can give to the police if  I do something to you. It's my assurance that I'm not a bad guy."

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now