CHAPTER 26

11.5K 503 11
                                    

Mike membrek kereta dengan kuat setibanya mereka di mansion. Suasana tiba-tiba menjadi kelam kabut dengan jeritan Mike mengarahkan anak buah Ray. Mereka pula ingatkan mansion diserang, terus berjaga-jaga dan mengetatkan kawalan.

CT dan Fizi memapah Dahlia masuk ke dalam mansion. Dahlia kelihatan agak lemah, luka di bahu agak perit dirasanya. Pertama kali kena peluru, ditembak... dah macam filem Hollywood pula.

"To the infirmary!!!" jerit Mike.

CT yang sudah tahu apa yang perlu dilakukan terus membawa Dahlia ke bilik rawatan mansion tersebut manakala Fizi masih lagi tercengang.

"Kenapa bawa balik? Kenapa tak hantar hospital saja. Kat sana peralatan lebih baik." Fizi pelik melihat Dahlia di bawa balik ke mansion.

Tadi dia diam saja, ingatkan Mike akan membawa Dahlia ke hospital tapi bila Mike masuk ke halaman mansion... lidahnya menjadi kelu. Baru sekarang dia dapat bertanya kepada Mike.

"Kami ada doktor pakar setanding yang ada di hospital. Kau jangan risau... Dahlia akan selamat." Mike menjelaskan kepada Fizi.

Mike sendiri hampir tergelak melihat wajah keliru Fizi. Mungkin Fizi tidak menyangka yang dalam mansion Ray ada kelengkapan perubatan seperti di hospital.

Ray menyediakan fasiliti perubatan setanding dengan hospital supaya dapat merawat anak buahnya yang tercedera. Dengan cara itu mereka tidak perlu melibatkan hospital kerajaan atau swasta kerana tidak mahu menimbulkan masalah yang lebih besar.

Luka tembakan atau cedera akibat pergaduhan pasti akan melibatkan polis. Ray tidak mahu campur tangan daripada pihak berkuasa. Sebolehnya dia mahu mengawal kegiatannya sendiri seperti yang dilakukan oleh daddynya dulu.

Fizi tidak dibenarkan masuk ketika Dahlia dibawa masuk ke dalam bilik itu. CT keluar setelah menyerah Dahlia kepada doktor bertugas. Dia meninggalkan Fizi yang masih terpegun di situ. Fizi dah seperti rusa masuk kampung, tercangak melihat keadaan sekeliling.

Pertama kali masuk ke dalam mansion, Fizi agak teruja. Hiasan dalaman mansion sangat menarik perhatiannya. Jadi beginilah kehidupan orang kaya bertaraf billionaire. Mewah dan begitu bergaya.

Fizi pandang Mike yang begitu sibuk bercakap dengan seseorang. Rasanya Mike sedang menghantar laporan kepada Ray. Wajah Mike keruh dan tangannya tergawang sana sini. Entah apa yang dia ceritakan, Fizi pun tak tahu sebab Mike berada jauh daripadanya.

CT kembali dan menghampiri Fizi. Ditangannya terdapat sehelai kemeja dan kemeja itu diserahkan kepada Fizi.

"Err... apa ni?" Fizi hanya memerhati kemeja yang dihulurkan kepadanya.

"Tuan Inspektor... takkan baju pun dah tak kenal? Trauma ke?" CT ketawa kecil melihat telatah Fizi.

Fizi tarik muncung, tak suka diketawakan oleh seorang wanita. Kemeja ditarik dari tangan CT dan dibeleknya kemeja itu dengan rasa hairan. Kemeja dibawa ke hidung, eh masih ada bau kedai.

"Mana kau rembat baju ni?" Fizi menyarung kemeja putih itu, muat-muat badannya. "Mana kau tahu saiz aku?"

CT hanya ketawa mendengar pertanyaan Fizi yang bertalu-talu. Dia mengambil tempat di sebelah Fizi. Langsung tidak tergugat dengan pandangan tajam Fizi.

"Tuan Ins..."

"Panggil aku Fizi, tak perlu panggil aku inspektor... kita bukannya dalam majlis rasmi." suara Fizi kedengaran tegas.

CT mencebik... berlagak, kutuknya di dalam hati. Wajah resah Fizi dipandang dengan penuh minat. Tubuh sasa Fizi membuatkan dia telan liur. Walaupun ramai rakan sekerjanya yang gagah dan sado tapi aura Fizi amat berlainan sekali. Dia sendiri tak tahu kenapa, mungkin sebab wajah Fizi agak sweet?

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now