CHAPTER 10

15.2K 630 26
                                    

Dahlia tersedar dari pengsan setelah beberapa jam kemudian. Dia membuka mata perlahan, mengerjip mata berulang kali. Memerhati sekeliling ruang itu, dahi berkerut, bilik dia kelihatan amat berlainan. Cantik.. perkataan pertama yang keluar daripada mulutnya.

Dia terasa pula badannya berada di atas sesuatu yang lembut. Amat lembut macam tidur atas awan. Eh! Dia mana pernah sampai awan pun. Dahlia ketuk kepalanya sendiri... entah apa yang merapu pagi-pagi ni? Pagi ke? Dahlia tidak pasti kerana ruang itu begitu kelam, ditutup dengan langsir tebal.

Dahlia bangun pantas dan terduduk di atas katil. Dia pasti dia berada di atas katil tapi itu bukan katil miliknya. Katil dia tidak selembut dan sebesar ini. Dia melihat tubuhnya pula... mengapa aku pakai baju tidur pula ni? Baju tidur lelaki pula tu. Dahlia kaget.

Dalam kedinginan pendingin hawa, peluh Dahlia berjejeran. Jantungnya berdegup kuat. Tolong... Dahlia cuba ucapkan tapi suaranya tidak terkeluar.. tersangkut di kerongkong. Air mata tiba-tiba saja turun tanpa dipinta. Dia sendiri tidak tahu kenapa airmatanya mengalir sendiri.

Bunyi dengkuran yang jelas kedengaran mengejutkan Dahlia. Dahlia memasang telinga, bunyi dengkuran itu begitu dekat dengannya, seperti di sebelahnya sahaja. Dahlia memusing kepala perlahan dan apabila matanya tertancap kepada satu objek di sebelah...

AARRGGGHHHH!!!!!!!

Dahlia histeria apabila mendapati dia sekatil dengan Ray. Ray sedang enak tidur dengan seluar tanpa baju. Sejuk macam ni pun Ray tak pakai baju... kulit jenis apa Ray ni. Ray terpisat-pisat bangun mendengar jeritan Dahlia.

"Hey.. slow down your voice will'ya. I gonna sleep here." Selamba saja Ray menegur Dahlia tanpa rasa bersalah. Kemudian dia terus menarik selimut dan kembali tidur.

"Ray! Bangun! Apa sleep.. sleep ni? Kenapa awak tidur di sini?" Dahlia bengan melihat Ray buat endah tak endah saja.

Ray mendengus. Geram kerana tidurnya diganggu. Dia baru saja hendak melelapkan mata, Dahlia dah buat bising.

"For your information my dear Dahlia... this is my room and I have right to sleep here. You're the intruder here." Ray tersengih melihat wajah Dahlia sudah bera. Sengaja dia bercakap dalam bahasa Inggeris... nak bagi Dahlia mengamuk.

"Saya dah pesan cakap bahasa Melayu dengan saya. Saya tak faham.. tau tak?" Dahlia mengambil bantal dan memukul muka Ray. Sakit hatinya melihat Ray tersengih begitu.

Ray mendengus... tiada siapa pernah pukul dia dengan bantal tapi dia suka. Dia mengalihkan bantal itu dari mukanya dan tersenyum nakal kepada Dahlia.

"Bilik ni bilik aku jadi aku berhak ada di sini dan kau yang menceroboh bilik aku."

Mendengar kata Ray, Dahlia ketap bibir. Apa yang Ray merepek ni? Ceroboh? Dia tak sedar pun sejak dari rumahnya lagi. Bagaimana dia boleh berada dalam bilik Ray? Ray pula angkat kening melihat Dahlia dalam keadaan bingung. Dahlia pandang badannya apabila mata Ray merayap ke seluruh tubuhnya.

"Apa yang awak dah buat dekat saya? Awak pengsankan saya dan bawa ke sini dan.." Dahlia melolong. "Awak dah cabul saya huhuhu saya tak rela. Uwaaaa."

Dahlia dah macam orang gila. Merintih tak henti-henti. Rupa dah macam mati laki.

"Awak jahat Ray... awak memang jahat. Saya takkan maafkan awak. Madu yang saya bagi awak balas tuba. Awak memang tak guna."

Pintu bilik terbuka, Aunty Rose terjengul untuk melihat kekecohan yang berlaku.

"What's going on here?"  Aunty Rose tanya dengan wajah garang.

Dahlia tersengap. Hairan melihat wanita cantik menyergah mereka. Dahlia menyangka itu mesti mak Ray sebab wanita itu cantik sangat walaupun dah berumur tapi cara pakaian tak nampak pula macam mem rumah ini.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now