CHAPTER 38

11K 469 18
                                    

CT dan Fizi kembali ke mansion setelah hampir malam. Sebaik saja membuka pintu, mata CT membesar... tubuhnya menggeletar kuat. Tanpa sedar tangan CT menggenggam kuat tangan Fizi.

Ray mengecilkan mata melihat CT kelihatan intim dengan Fizi. Fizi dapat rasakan tapak tangan CT begitu basah, mungkin berpeluh kerana terlalu takut. Dia juga gerun melihat panahan mata Ray... boleh lebur tubuhnya.

"Where have you been?" suara Ray walaupun perlahan tapi kedengaran menakutkan.

Gulp!!! CT telan liur berkali-kali. Wajah dikalih memandang Fizi. Fizi mengangguk.

"Don't tell me you going out with this guy and left my wife alone?" Ray sudah cekak pinggang. Karl, Eden dan Mike sudah senyum sinis.

CT dan Fizi menggeleng serentak. CT cuba bercakap tapi suaranya tidak terkeluar. Rasanya suaranya pun takut dengan Ray.

"And where is Dahlia? Where's my wife?!!" suara Ray kedengaran agak tinggi dari tadi.

"Ci...k... pu... an... hmm... err..."

"Speak up!! Where's my wife!!!!!"

CT tutup telinga dan terus menangis. Fizi melangkah berdiri di hadapan CT... untuk melindungi CT jika Ray bertindak di luar dugaan.

"You! Stay out of this! I'm talking to my man!"

"Err... she..." Fizi tutup mulut selepas nampak api dari mata Ray. "Ray... Dahlia... Dahlia... dia diculik. Kami..."

"Whatttt?!!!" Sebelum sempat Fizi menghabiskan ayat, Ray sudah bertempik. "When did this happaned?? And why are you with CT?"

Ray sudah tidak tentu arah. Penumbuk dikepal, kepala sofa ditumbuk berkali-kali... melepaskan geram. Karl sudah menghampiri CT tapi Fizi menghalang jalan Karl. Risau pula melihat wajah tegang Karl.

Sebenarnya bukan saja Ray berasa tegang tapi Karl, Mike dan Eden juga sudah berubah raut wajah mereka. Eden yang selalu tersengih itu pun berubah menjadi ah Fizi tak dapat jelaskan dengan kata-kata. Begitu menakutkan.

"Macam mana kau buat kerja CT? Aku dah pesan jaga Dahlia baik-baik tapi kau lalai." Karl menggetap gigi.

"Bukan salah CT kalau yang serang tu ramai. Kau ingat dia boleh hadap semua tu sorang-sorang?" Fizi membela CT.

Dia tidak tega melihat CT dimarahi oleh Ray dan sekutunya. Bagaimana mereka boleh fikir CT dapat menahan serangan daripada tiga orang sekaligus. Kalau dia pun rasanya tak boleh lawan walaupun dia seorang lelaki.

"Kenapa kau ada bersama CT?" tanya Mike pula.

"CT call aku bila Lia diculik. Kami cuba cari Lia dulu sebelum... " Fizi tarik nafas dulu sebelum sambung... "sebelum kami beritahu kau."

"Bullshit!! Sepatutnya kau beritahu aku bila Dahlia diculik... bukannya tunggu sampai malam." Ray mengeraskan suaranya.

"Tuan... maafkan saya... saya dah gagal... tapi mereka culik cik puan di dalam bangunan tuan... saya ingat..."

"Apa kau cakap CT? Kat mana?"

"Dalam basement bangunan pejabat tuan. Lepas tuan dan Karl keluar, kami nak balik tapi kami diserang masa nak naik kereta."

Ray pegang kepala. Rasa berdenyut menghentam kepala begitu kuat sekali. Sudahlah tadi kapalnya terbakar dan melibatkan kerugian berjuta dolar, Dahlia pula diculik ketika dia ke pelabuhan untuk melihat kapalnya yang musnah.

"Jadi kejadian kapal kita terbakar hanya untuk mengalih perhatian kita. They just want to distract you from Dahlia." Karl bercakap sendiri.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now