CHAPTER 16

14.3K 576 6
                                    

Aunty Rose tersenyum lebar melihat kepulangan Ray, Dahlia, Karl dan Eden. Wajah berseri Ray menceritakan segalanya. Wajah Dahlia? Sukar untuk Aunty Rose tafsirkan.Nak kata gembira, Dahlia kelihatan selamba saja. Nak kata tak suka pun Dahlia tetap tersenyum apabila dia menyapa.

Karl dan Eden sudah berubah warna dari putih ke coklat keperangan. Kesan dari berjemur di pantai selama tiga hari. Walaupun sunburn mereka tetap berseronok menghabiskan masa di situ kerana mereka dapat melupakan tugas buat sementara waktu.

"Welcome back my dear. How are your vacation? "

"We're very happy aunty, the sun is so good. The food are so tasty and the girls are soooo sexy." Eden begitu teruja menceritakan pengalamannya kepada aunty Rose.

"Not you Eden. I know you have a great time there." Sanggah Aunty Rose sambil mata melirik kearah Dahlia dan Ray.

"Ohhh! I think Ray is in love." Bisik Eden.

"Yes, I can see that. Look at him. He smiles like he never smile before."

Eden dan Aunty Rose ketawa serentak. Ray sekadar menggeleng, malas nak campur. Karl sudah beredar menuju ke bilik kerja. Banyak kerja tertangguh gara-gara bercuti menemani Ray.

"Eden! Let's go. We have a lot things to do. Now!"

Eden bergegas mengekori Karl. Selain daripada Ray, dia agak takut untuk menghadap kemarahan Karl. Karl umpama bayang-bayang Ray sekiranya Ray sibuk. Kiranya mereka perlu mendengar arahan Karl selain daripada arahan Ray.

Dahlia masih tercegat di situ, tersenyum tapi masih tidak dapat bergaul dengan mesra. Melihat mereka bercakap membuatkan dia bertekad untuk belajar bahasa Inggeris dengan segera.

'Tak boleh jadi ni, aku jadi tunggul saja kat sini. Nak bersembang sama pun aku tak faham apa mereka cakap. Nanti jadi itik dengan ayam bercakap pula.' Dahlia bermonolog sendirian.

"Dahlia, kau masuk bilik dulu... nanti aku menyusul. Kau tahukan bilik aku yang mana satu."

"Haaa?" Dahlia keliru.

Dia terkedu apabila Ray menyuruhnya masuk ke bilik Ray. Dahlia masih tidak bergerak dari situ.

"Hei! Tunggu apa lagi, kau tentu penatkan. Pergi berehat dalam bilik."

"Tapi kenapa tak bagi saja bilik hari tu?"

Ray menghampiri Dahlia. Dahlia berundur selangkah. Ray merapat lagi tapi langkahnya terhenti apabila menyedari aunty Rose masih berada di situ, tersengih melihat kelaku mereka yang masih lagi kelihatan janggal, tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain.

"Be gentle with her Ray. She still nervous with you. What did you do to her Ray?"

"No! I did nothing to her. Infact we just... oh crap... why must I tell you, aunty."

Ray beredar menuju ke bilik kerjanya. Senyuman masih terbias di bibirnya. Aunty Rose ketawa kuat melihat Ray begitu gelabah. Dahlia senyum sumbing, serba tak kena.

Aunty Rose menarik Dahlia ke dalam pelukannya. Salah dia kerana mengabaikan Dahlia sehingga Dahlia kelihatan agak canggung berada di situ.

"Jom... aunty hantar Dahlia ke bilik Ray. Dahlia mesti penatkan. Tapi..." Aunty Rose melirik kepada Dahlia.

"Tapi?"

" Dahlia kena cerita dekat aunty apa yang berlaku? Semua berjalan lancarkan?"

"Auntyyy... malulah Lia nak cerita. Ray tak bagi peluang langsung kat Dahlia. Semua dia buat dengan cepat. Lia sendiri tak sempat nak kata apa tapi baju pengantin tu cantik sangat. Katanya mummy Ray punya, betul ka aunty?"

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now