CHAPTER 15

18.1K 860 25
                                    

Alexander Ray Ibrahim kembali ke chalet selepas bersembang panjang dengan Madam Song. Banyak cerita yang perlu disampaikan oleh Ray termasuklah cubaan membunuhnya oleh Count Drac dan pertemuannya dengan Dahlia.

Madam Song dapat melihat wajah ceria Ray apabila menceritakan mengenai Dahlia. Dahlia sungguh istimewa bagi Ray. Entah mengapa dia cukup suka dengan perangai naif dan lurus bendul Dahlia itu.

Namun Madam Song amat marah apabila Count Drac tidak habis-habis mengganggu kehidupan mereka. Dendamnya pada Count Drac tidak pernah lupus kerana dia juga kehilangan Albert di tangan Count Drac.

Sampai di chalet, Ray hairan melihat keadaan sunyi sepi. Dia menjenguk ke dalam, tiada kelibat Dahlia... ruang yang kecil itu... tidak mungkin dia tidak nampak Dahlia.

"Dahlia... awak kat mana?"

Sepi... Dahlia tidak menyahut.

Ray mengeluh dan kemudian dia berdiri tegak. Tidak mungkin... janganlah...

Ray berlari keluar. Peluh merecik lebat menuruni dahi. Ray berlari menuju ke pantai. Matanya meliar mencari tubuh Dahlia.

Tidak lama dia ternampak Dahlia sedang berdiri seorang diri menghadap laut. Dahlia kelihatan memandang laut luas dan senyuman terbentuk di bibir mungilnya.

Ray berlari mendapatkan Dahlia. Tiba saja di sisi Dahlia, Ray terus tarik Dahlia ke dalam pelukannya.

"What are you doing here, Dahlia? You make me scare to death. I thought they got you. Don't you ever ever do that again."

Dahlia pelik apabila Ray tiba-tiba peluk dia dan merepek apa.. dia pun tak tahu... oh lupa Dahlia tak faham tapi Dahlia berasa aman dalam pelukan Ray.

"Ray... sa..ya tak bo..leh ber..nafas."

Ray terkejut lantas merenggangkan pelukannya dan tertawa kecil. Ingatkan Dahlia suka sehingga tak mahu melepaskan pelukan... rupa-rupanya Dahlia tak dapat bernafas.

Dahlia tercungap-cungap mencari nafas. Ray ni nak bunuh dia ke? Tapi gaya Ray tadi nampak cemas sangat.

"Oksigen... oksigen..." Dahlia masih lagi mencari nafas yang hampir hilang tadi.

Tangan mengipas muka yang sedang memerah. Suka ada malu pun ada. Tengah-tengah alam peluk memang malu tujuh keturunan. Tahulah mereka sekarang berada di luar negara tapi agak-agaklah.

Ray tersenyum simpul melihat Dahlia yang menahan malu. Sungguh dia berasa amat cemas tadi. Dia takut jika orang Count Drac menjumpai mereka di situ walaupun dia rasa tempat itu selamat untuk mereka.

Pusat pelancongan itu nampak saja santai tapi Madam Song meletakkan kawalan yang ketat untuk pengunjung di situ. Jangan tanya siapa yang mengawalnya sebab Madam Song mempunyai sekuriti yang tersendiri.

Madam Song terpaksa berbuat begitu untuk mengelak sebarang pencerobohan daripada musuhnya atau lanun yang bermaharajalela di perairan tersebut. Hebatkan.

Ray menarik bahu Dahlia dan memeluk erat. Dia memandang ke arah yang menjadi perhatian Dahlia tadi. Laut yang luas menjadi tatapannya. Dia terpaku seketika.

Mengapa dia tak pernah tahu yang alam ini sangat indah. Melihat remang petang sangat mendamaikan. Patutlah Dahlia begitu ralit tadi. Atau mungkin keindahan alam itu dinikmati bersama yang tersayang membuatkan ia kelihatan cantik sekali.

"Ray, apa yang awak cakap tadi?"

Soalan Dahlia menyebabkan Ray beralih memandang Dahlia. Apa pula yang dia cakap tadi? Dia terlalu cemas sehingga dia terlupa apa yang dia luahkan kepada Dahlia tadi.

"Balik nanti kau kena belajar bahasa Inggeris. Aku tak peduli samada kau suka atau tidak tapi kau mesti belajar sampai pandai."

"Eh! Kenapa pulak? Ahhh malaslah!"

"No... no... awak kena belajar juga. Ini arahan."

"Eh! Mana boleh paksa orang. Ikut suka sayalah... saya nak belajar atau tidak."

"Aku suami kau jadi kau kena ikut cakap aku."

Dahlia mencebik. Mulalah nak guna kuasa veto seorang suami. Lecehlah macam ni. Dahlia tak tahu lagi yang Ray seorang ketua sebuah organisasi yang dikenali sebagai Black Panther... mestilah dia berupaya memberi arahan kepada ratusan pekerjanya. Setakat Dahlia alaa... small the pieces ja.

"Ray, tak payah kut... saya dah lama tinggalkan sekolah... rasanya dah benak kut."

"Benak? Apa tu?"

Dahlia ketuk dahi. Benak pun tak tahu. Adoi! Apa yang aku nak cakap ni?

"Benak... alaa susah nak terima macam tu."

"Ohhh... I see. Tapi Dahlia tak semestinya dah tua tak boleh belajar. Sapa-sapa pun boleh belajar. Mudah ja bahasa ni... lain la kalau bahasa Korea...anneong...anneong..."

"Isyyy...apa pula anneong... anneosaheyo... kamsahamida... haa gitu." Dahlia sudah gelak mendengar Ray kecek Korea.

"Kalau kau dah boleh cakap Korea, inilah masa kau belajar bahasa Inggeris pula. Lagi senang dari Korea."

"Saya bukan tak reti langsung cuma kurang pandai saja. Awak tau kan saya datang dari kampung. Kalau kami cakap orang putih sikit pun memang kena kutuk kaw-kaw punya. Sebab itu ramai tak mahu cakap takut kena kutuk."

"Apa punya pemikiran orang kampung kau... patutlah tak maju."

"Hei! Jangan kutuk orang kampung saya. Walaupun mereka macam tu tapai mereka baik-baik semua."

"Baik la sampai kau kena bina rumah jauh ke dalam hutan."

Dahlia ketap bibir. Dia tak tahu samada Ray tahu kisahnya atau sekadar serkap jarang tapi benar kata Ray. Hanya kerana mulut berbisa orang kampung, nenek terpaksa berjauhan daripada semua orang.

Ray pandang Dahlia yang muram. Tahulah yang perangkapnya sudah mengena. Ray rasa amat bangga. Pandai juga dia meneka dalam kesamaran. Hehehe.

"Dah... dah... aku bukan suruh kau belajar sampai masuk universiti, cukuplah sekadar kau faham apa yang aku dan orang-orang aku cakap. Itu saja. Aku tak mau kau ditipu."

"Awak malu ka kalau saya tak pandai macam orang lain? Kalau awak malu dengan saya, kenapa awak kahwin dengan saya?"

Ray garu kepala. Dahlia dah masuk mode syahdu pula. Airmata Dahlia hampir menitis apabila mengenangkan kemungkinan tersebut.

"Please Dahlia... bukan sebab itu tapi haa aku yang tak pandai cakap Melayu. Kan mudah kalau kau faham apa yang aku cakap."

"Sama la kalau macam tu. Awak belajarlah bahasa Melayu kan senang. Sama-sama belajar."

Oh my! Susahnya nak cakap dengan Dahlia. Pandai pula dia putar belit cakap Ray. Ray geleng kepala. Cakap dengan anak buahnya senang saja... sekali suruh semua kerja jalan. Nak marah tapi kena sabar. Heh!

"Dahlia... please... for my sake?"

"Tapi..."

"Pleaseeee..."

Seram pula dengar Ray cakap meleret macam tu. Mana pergi sikap tegas Ray selama ini? Dah jatuh ke dalam laut ka? Kalau Karl atau Eden dengar mahu gelak setahun.

Ray tarik Dahlia dan peluk Dahlia erat, kepala Dahlia dicium lama. Dahlia rasa seram sejuk apatah angin tiup dengan kuat ke arah mereka. Kemudian Dahlia baru sedar yang hari semakin gelap, alamak... Ray romantik sebab hari dah gelap? Apa maknanya tu?

"Ray... saya dah tahu pun cakap bahasa alien tu cuma sengaja tak mau tunjuk."

"Apa? Cuba cakap sekarang, aku nak dengar."

Dahlia menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Ray dan...

"I love you."

Dahlia lari menuju ke chalet dan Ray...

Terpempan di situ dan sedikit demi sedikit dia menarik senyum.

Nakal! Kau memang nakal Dahlia.

Rama-rama terbang tinggi;
Terima kasih baca dan vote lagi.

Stay sweet everyone.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now