CHAPTER 48

11.1K 448 9
                                    

BOOMMM!

Satu letupan kuat meletus ketika Black Panthers tiba di gudang tersebut. Semua yang berada di situ terkejut bukan kepalang. Mike memberhentikan pikap beberapa ratus meter dari gudang yang terbakar itu.

"What happened?" Karl keluar dari pikap dan memandang gudang yang marak dimamah api.

"Dahlia? Ray? Mana mereka? Mereka ada dalam tu ke?" Fizi kalut bertanya. Wajahnya kelihatan amat cemas.

CT, Mike dan Eden tidak dapat bersuara. Melihat keadaan gudang itu...

"Mustahil..." CT menggumam sendiri. Matanya seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat.

Api semakin kuat meratah gudang. Bunyi percikan api kedengaran jelas dari setiap sudut bangunan itu.

Fizi melangkah deras menuju ke gudang tapi segera ditarik oleh CT. CT sekadar menggeleng... melarang Fizi ke situ.

"Dahlia! Dahlia ada di dalam. Aku mesti selamatkan Dahlia!" Fizi menarik tangan, melepaskan pegangan kuat CT.

"Dah terlambat Fizi. Cik puan tak mungkin selamat..."

"Tak! Aku mesti cuba! Dahlia mesti selamat!" Fizi berlari deras tapi Karl memintas Fizi lalu dibantingnya Fizi ke tanah.

"Enough! Kau nak bunuh diri ke? Tak nampak api besar kat depan tu?!" Karl menjerkah Fizi.

"Tapi... tapi..." Fizi hampir menangis. Dia tak kuat untuk memikirkan yang Dahlia terbunuh dalam letupan itu.

Semua Black Panthers terpaku melihat api yang menjulang tinggi. Mereka masih tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan ketika ini. Tak mungkin ketua mereka berada dalam bangunan itu.

Tidak mungkin!

KETIKA INI Max yang mendengar bunyi letupan gudang ketawa terbahak-bahak. Dia amat yakin yang Ray dan Zach sudah hancur dalam letupan itu.

"Yes! Mereka dah mati. Hahaha... lepas ni tiada siapa boleh halang aku lagi. No more Ray... no more Black Panthers... and no more that stupid Zach. Anak Count Drac konon. Dia lupa agaknya Count kutip dia dari sampah... ada hati nak jadi anak Count Drac." Max masih lagi ketawa kuat.

Bob yang memandu hanya mampu telan liur melihat Max dah macam Joker. Sengihan tak lekang dari bibirnya. Gopal dan Ah Seng yang berada di belakang hanya mampu tersenyum hambar.

Gopal agak terkilan kerana Abu tidak mahu mengikut mereka. Abu sanggup mati daripada bekerjasama dengan Max. Gopal sendiri tidak sangka yang Max menggunakan mereka untuk merealisasikan rancangannya. Gopal tahu Abu belot kepada mereka kerana Dahlia. Dahlia telah membuka mata Abu supaya berubah.

Mereka terperangkap dalam muslihat Max yang sudi menolong mereka dari cengkaman Count Drac. Mereka menerima pertolongan Max tanpa menyedari akhirnya mereka akan terperangkap dalam permainan maut Max.

Gopal pandang Ah Seng kemudian pandang Bob yang sedang memandu. Rasa resah tiba-tiba menjengah dalam hatinya. Adakah betul keputusan mereka mengikut Max memandangkan Max nampak macam gila sekarang ini. Mad Max... mungkin nama yang sesuai untuk Max yang sanggup menembak rakan mereka iaitu Abu.

"Err... Tuan Max, macam mana dengan kami... maksud saya, kedudukan kami dalam kumpuan tuan." Gopal sengaja sebut tuan untuk beli jiwa Max.

Max kalih pandang Gopal yang tersengih nampak gigi putihnya. " Jangan risau... sekarang kau adalah orang kanan aku. Kau juga Ah Seng dan Bob... kau bertiga adalah orang kuat aku. Aku tak akan capai kejayaan ini tanpa bantuan kamu semua. Aku akan beri hadiah lumayan selepas kita balik nanti."

Ah Seng dan Bob bersorak gembira manakala Gopal hanya mampu tersenyum. Dia masih belum percayakan Max sepenuhnya. Jika Max mampu menembak Abu mungkin satu hari nanti Max akan berbuat demikian kepada mereka juga jika Max tidak berpuas hati dengan mereka.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now