Chapter 53

11K 366 15
                                    

Aunty Rose mengeluh perlahan. Wajah-wajah kebingungan di dalam bilik Dahlia menuntut satu penjelasan. Entah apa yang bermain di dalam kepala masing-masing.

Dahlia terutamanya begitu terkejut dengan pengakuan Aunty Rose... apa maksud Aunty Rose, cucu sendiri? Adakah Aunty Rose adalah ibu yang dicarinya selama ini?

Mengapa Aunty Rose tidak pernah membongkar rahsia ini sejak dari hari pertama dia tiba di mansion Ray? Atau Aunty Rose tidak kenal dia kerana ibunya tinggalkan dia sejak dari kecil lagi.

"Aunty... apa maksud aunty? Adakah Dahlia..." Dahlia tidak mampu untuk menyebut pekataan anak.

Dia takut... takut tersilap. Jika tidak benar seperti yang dia inginkan maka hancur musnah segala impian untuk mengenali ibunya.

Aunty Rose masih tercegat di situ... tak tahu nak buat reaksi yang bagaimana. Nak mengaku atau abaikan saja apa yang dia cakap tadi. Dia boleh beri seribu alasan untuk menidakkan kebenaran.

"Just tell them aunty. It's time to reveal everything." Ray yang dari tadi senyap, memecah kebisuan di antara mereka.

Aunty Rose dan Dahlia pandang Ray serentak. Macam mana Ray yang sedang mamai tadi boleh pula mengeluarkan arahan kepada Aunty Rose.

"Apa maksud abang?" Suara Dahlia mula meninggi.

"Dahlia... tak baik tinggikan suara pada suami." Aunty Rose menegur Dahlia.

"Tak aunty... Lia tak bermaksud untuk tinggikan suara tapi Lia terkejut dengan apa yang berlaku sekarang. Apa yang aunty perlu jelaskan?"

"Err... Dahlia bongkarkan bukan jelaskan..." Eden tiba-tiba mencelah lalu mendapat renungan tajam daripada Dahlia dan Ray.

Eden tersentak dan membuat isyarat menzip mulut. Tindakannya mendapat ejekan daripada Karl, Mike, Fizi dan CT yang setia menjadi penonton drama sebabak ini.

"Aunty... please." Ray seakan merayu kepada Aunty Rose.

"Lia... sebenarnya aunty... aunty..." sebelum sempat Aunty Rose habiskan cakapnya, pintu terkuak.

Seperti dalam tv, iklan pula akan muncul bila saja scene suspend menjelma. Semua yang berada di situ mengeluh keras apabila ada gangguan.

"Aduhhh! Baru saja nak dengar rahsia aunty."

"Ada saja iklan yang muncul setiap kali adegan suspen."

"Lain kali layan Netflix ja kalau tak mau iklan. Tak ada sensor pun."

"Sapa bawa popcorn? Rasanya lepas ni lagi best cerita ni."

"Aku rasa lebih baik bawa tisu. Aku dapat agak drama airmata akan muncul."

Sok sek sok sek daripada penonton tak berbayar yang setia menanti di dalam bilik itu jelas kedengaran. Ray hanya mampu menggeleng.

Anak-anak buahnya tetap begitu... dalam bengis ada juga karekter lawak dalam diri masing-masing. Fizi pun termasuk dalam sketsa mereka.

Fizi yang begitu rancak mengutuk bersama Karl, Mike, Eden dan CT tersentak apabila melihat wajah-wajah yang menjengol dalam bilik Dahlia.

"Eh! Ayah, mak... bila sampai? Kenapa tak bagitau Fizi nak datang? Kalau tak, boleh Fizi jemput ayah." Fizi garu kepala. "Eh! Cu Nab pun ada."

Dahlia tersenyum melihat wajah-wajah yang dirinduinya terutama Cu Nab. Semenjak dia berkahwin dengan Ray, Dahlia tidak pernah kembali ke kampung.

Semuanya ditinggalkan begitu saja. Ray tidak membenarkan Dahlia pulang seorang. Dahlia pun tidak tahu apa sudah jadi dengan rumahnya dan Luna.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now