CHAPTER 37

9.4K 373 5
                                    

Ray kelam kabut seketika apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Karl tadi. Dia terus mengemaskan meja dan bersedia untuk keluar. Wajah Dahlia dipandang sayu, agak sedih kerana tidak dapat melayani Dahlia.

Ray memanggil Joy dan CT kembali masuk pejabat.

"Joy, cancel all my appointments today, reschedule for next week and I'm not coming back to office."

"CT... take madam home. Please be careful."

Arahan diberi kepada orang kepercayaannya. Entah mengapa amaran daripada Zach tadi terngiang-ngiang di telinganya.

"Sayang balik dulu boleh? Abang ada masalah kat pelabuhan. Nanti malam kita jumpa okey?"

Dahlia mengangguk, faham dengan kerja Ray. Siapalah dia untuk menghalang kerana dia nampak masalah Ray agak besar juga jika diperhatikan kerut pada wajah Ray dan Karl.

"Tak apa abang tapi bolehkan kalau Lia nak jalan-jalan dulu dengan CT? Alaaa... sekejap ja. Bosanlah." Dahlia buat muka comel.

"Tapi sayang... bahaya kat luar sana. Sayang dah dengarkan amaran Zach tadi?"

"Sekejap saja, Lia ada barang nak beli."

"Suruh orang abang beli."

"Abang... takkan nak suruh orang abang beli barang peribadi Lia kut. Malulah."

Ray tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali. Wajah sudah bertukar merah. Melepas lagilah malam ini.

"Apa yang abang fikirkan?!" Suara Dahlia ternaik sikit melihat sengihan Ray.

"Eh! Tak ada apa-apa... so I'm gonna missed your sweet..."

"Abang!!!" Dahlia tepuk tangan Ray.

Dahlia tak perlu faham apa yang Ray kata sebab wajah Ray yang kelihatan gatal itu sudah menceritakan segalanya.

"Ehemm... I think we're facing a big problem now, Ray. So... shall we?" Karl yang sudah naik jelak dengan perangai puss in boot Ray ketika bersama Dahlia menaikkan oktaf suaranya.

Joy kelihatan terpegun dengan kemanisan layanan Ray terhadap Dahlia. Sesungguhnya dia belum pernah melihat Ray dalam versi kucing siam. Kalau tidak hanya versi harimau kumbang yang asyik nak menerkam saja yang ditunjukkan oleh Ray kepada mereka.

"Joy! Tunggu apa lagi, jom keluar!" Karl menjerit sementara CT sudah menarik tangan Joy.

"Heiii! Apa ni?! Tak sukalah mak kena tarik macam ni! Bencilah!" Joy menghentak kaki dengan sepatu dua incinya, bergegar lantai pejabat.

Ray dan Karl bergegas keluar untuk ke pelabuhan. Dahlia hanya pandang dengan perasaan libang libu. Hati terasa berdebar-debar melihat Ray dalam keadaan kelam kabut begitu. Risau pun ada.

"Jom CT... kita balik." Dahlia menarik nafas selepas kelibat Ray hilang dalam lif.

"Err... cik puan kata nak beli barang."

"Eh! Betul juga. Jom."

"Maafkan saya, cik puan. Saya Joy... pembantu peribadi Tuan Ray, selamat berkenalan."

Joy meletak tangan kanan ke dada kiri sambil menunduk kepada Dahlia. Dahlia juga membalas dengan berbuat seperti Joy.

"Maafkan saya juga, saya tak sempat nak kenalkan diri saya. How rude I am. Saya Noor Dahlia."

CT tercengang. Pertama kali Dahlia berbahasa alien... dengan Joy pula tu. Joy pula tersengih macam kerang busuk membuatkan CT menjuling matanya.

"Nice to meet you too madam and nice name... so classic." Joy puji Dahlia.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now