CHAPTER 29

11.7K 487 9
                                    

Dahlia sedar dan mendapati dia sudah berada di atas katil biliknya. Dahlia pandang sekeliling, baru dia sedar Ray elok saja berdengkur di sebelahnya. Dahlia pandang wajah Ray dan tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman manis.

Teringat pula wajah tegang Ray tadi semasa bertengkar dengan Fizi. Bagaimana rupa Ray pun tetap menarik di mata Dahlia. Jari telunjuk dilalukan di muka Ray, bermula dari kening turun ke bibir. Sampai di bibir Ray, Dahlia telan liur...

Sebelum sempat Dahlia fikir... jari Dahlia diragut kasar dan Dahlia ditarik menyebabkan wajah Dahlia tersembam ke atas muka Ray. Apa yang bermain di dalam fikiran Dahlia tadi terjadi sebelum sempat Dahlia bertindak. Ray sudah melunaskan keinginannya tanpa amaran.

Dahlia bingkas bangun dan menutup mulut. Ray membuka mata dan tersengih melihat wajah blur Dahlia. Itulah siapa suruh telek mukanya tanpa izin... kan dah kena cium.

"Apa abang ni? Lia tak gosok gigi lagi la..." Mulut masih ditutup dengan tangan.

"But it still sweet..." Ray sengih gatal.

Dahlia tampar bahu Ray dan tangannya terhenti di situ. Mata ralit memandang tubuh Ray yang tidak dilapisi... nampak kekar dan keras. Dahlia melalukan pula tapak tangan di atas tubuh Ray.

Ray hanya membiarkan saja Dahlia menjamah tubuhnya. Dia tidak tahu apa yang bermain di fikiran Dahlia. Wajah Dahlia nampak agak sedih. Sebelum ini Dahlia tidak pernah mahu menyentuhnya begitu tapi pagi ini, Dahlia nampak lain.

"What's wrong sweetheart?"

Dahlia senyum mendengar Ray panggil dia dengan panggilan yang manis... sweet maksud manis kan.

"Lia rasa Lia tak pernah nak tengok abang dekat macam ni. Hati Lia masih belum dapat terima abang seratus peratus."

Ray tenung Dahlia yang asyik memainkan jari di dadanya. Dia sengaja mendiamkan diri... tidak mahu mengganggu konsentrasi Dahlia yang begitu asyik  melukis entah apa-apa di dadanya. Nasib baik dia bukan orang yang mudah geli.

"Tapi sejak kejadian semalam, Lia rasa Lia tak mau pandang belakang dah. Lia nak bersama abang selagi hayat dikandung badan. Lia nak jalankan kewajipan Lia sebenar-benarnya..."

"Lia takut Lia tak sempat..."

"Syyy... come here... nothing will happen to your dear. I swear I will protect you with my life. Remember I'll take a bullet for you."

Ray membawa Dahlia ke dalam dakapannya. Dahlia berasa nyaman dalam pelukan Ray. Dia percaya yang Ray akan sentiasa menjaganya dan Ray sanggup mati demi dia.

Mereka dalam keadaan begitu agak lama sehinggalah...

"Honey... Lia faham tak apa yang abang cakap tadi?"

Dahlia pandang Ray dan tersenyum manis. Hailah... manis betul mulut Ray hari ini, tadi sweet sekarang honey pula.

"Sikit laa... tak pa nanti Lia tanya Cik Din." Dahlia gelak manja.

"Silly girl." Ray jentik dahi Dahlia, penat pula dia memujuk Dahlia tapi Dahlia kurang faham katanya tapi salah Ray juga. Dah tahu Dahlia tidak fasih bahasa alien tu... nak juga berbicara dalam bahasa tu.

Sebenarnya Dahlia sudah faham tapi saja nak usik Ray. Saja nak tarik perhatian Ray. Nakal kau Dahlia.

CT berdiri tegak di hujung koridor... menanti cik puannya  bangun. Dia belum lagi meminta maaf kepada Dahlia, sebab kelalaian dia... Dahlia tercedera.

Nak minta maaf macam mana, semalam penuh drama dan kejutan berlaku tanpa sempat dia bercakap dengan Dahlia. Keadaan begitu kecoh, dah macam medan perang.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now