CHAPTER 21

13.3K 646 43
                                    

Range Rover Evoque meluncur laju membelah jalanraya. Mike yang selalu menjadi pemandu Ray memandu dengan cekap... bekas pelumba haramlah katakan. Tapi perkara itu sudah berlalu, ketika dia masih berhingus hendak mengenali dunia. Sekarang dia sudah menjadi orang penting dalam organisasi Black Panther.

Jalanraya masih belum sibuk kerana masih awal pagi. Lagipun kawasan itu agak terpencil dari bandar, memang jarang kereta lalu di kawasan itu. Mansion Ray pula terletak di atas bukit, untuk sampai ke jalan besar mengambil masa sedikit.

Ray agak risau dengan keselamatan Dahlia. Bolehkah Dahlia melepasi jalan berbukit yang bengkang bengkok dengan menunggang superbikenya. Dah la memecut dengan laju... ngeri pula Ray memikirkan kemungkinannya.

"Where are we heading Ray?" Mike terpaksa bertanya kepada Ray sebab dia sendiri tidak tahu arah tujuan mereka.

"Kau pandu saja ikut jalan ini. Nanti aku beritahu." tanpa melihat wajah Mike, Ray memberi arahan.

"Do you know where's she going?" tanya Karl pula.

"Tak tapi aku tahu dia ada di mana sekarang."

"Where???" tanya mereka serentak.

Barulah Ray panggung kepala mendengar suara yang bertanya secara serentak daripada Karl, Mike dan Eden. Matanya terkebil-kebil memandang wajah setiap seorang orang kanannya.

Tudia! Wajah mereka dah macam bapak tiri nak nak rembat anak yang balik lewat malam. Siap pegang rotan sepanjang semeter lagi. Zasss! Rotan mengenai belakang badan. Ray meraba belakang badannya. Terasa ngilu pula seperti benar-benar dia kena pukul. Ray terseringai.

"What the hell?!" Karl mula rasa pelik melihat Ray.

"Dun'no what is he dreaming about." Eden sudah ketawa kuat.

Mike tidak dapat melihat kerana sedang tekun memandu. Suara kuat Eden mengejutkan Ray yang sedang mengelamun. Kepala diketuk berkali-kali untuk menghilangkan bayangan kena rotan tadi.

"Mike! Berhenti! Berhenti depan tu!" Ray menjerit kuat.

Serta merta Mike membrek sehingga menyebabkan Karl, Eden dan Ray terluncur ke depan. Karl bernasib baik sebab memakai seat belt. Ray sempat tahan tangannya di tempat duduk hadapan manakala Eden sudah terperosok di bawah tempat duduk.

"Apa yang hang buat ni Mikael Arjuna bin Ayob?? Hang nak bagi aku mati ka??"

Krik... krik... suasana menjadi hening seketika. Tak lama... kerana semuanya ketawa bagai nak rak. Sudah lama mereka tidak mendengar Eden bercakap dalam loghat negerinya. Mike ketawa sehingga menitis air mata. Karl pula menepuk kuat belakang Eden hingga membuatkan Eden terbatuk-batuk.

"Kenapa Che Din? Lidah dah lembut balik? Dah jumpa jalan pulang?" Ray pula kenakan Eden.

Apa lagi... Karl dan Mike ketawa bertambah kuat mendengar Ray memanggil Eden dengan nama yang digunakan oleh Dahlia. Eden mencebik... hampir menangis apabila dia dipermainkan oleh rakan-rakannya.

"Chek nak habaq dekat mak chek. Huhuhu."

"Stop it Eden! You make my stomach burst. OMG... it's so funny."

"I thought you forgot your roots. Ghupanya dak lagi nooo."

Bertambah kuat Eden meraung apabila dibahan berterusan oleh Karl dan Mike. Ray keluar dari kereta tanpa disedari oleh merek bertiga. Namun bibir masih menguntum senyuman... hilang sekejap rasa gundah dengan lawak tak sengaja oleh Eden.

Ray menapak perlahan menuju ke arah Dahlia yang sedang duduk bersila di tepi jalan. Ray tahu Dahlia berada di situ setelah dia memeriksa GPS di telefon bimbitnya sebentar tadi. Tracker dipasang tanpa disedari oleh Dahlia. Dia meletak tracker di dalam gelang tangan Dahlia.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now